UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian Terhadap Penggunaan Komputer di Kalangan Pengurus-Pengurus Syarikat Kumpulan Felda

Mohd. Yusof, Kasharan (2004) Kajian Terhadap Penggunaan Komputer di Kalangan Pengurus-Pengurus Syarikat Kumpulan Felda. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of MOHD._YUSOF_KASHARAN.pdf] PDF
MOHD._YUSOF_KASHARAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy
[thumbnail of MOHD._YUSOF_KASHARAN.pdf]
Preview
PDF
MOHD._YUSOF_KASHARAN.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Projek kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan dan masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputer, penyertaan kursus komputer, dan sikap terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan pejabat. Sejumlah 94 responden yang terdiri daripada pengurus-pengurus yang berjawatan Pengurus Kanan Pengurus, Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif, Pembantu Eksekutif telah mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Penganalisisan data telah dilakukan secara deskriptif dengan menggunakan pemeratusan, kekerapan, jadual silang dan min. Di samping ujian-t telah digunakan untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan dan sikap pengguna dengan lokasi pentadbiran. Selain daripada itu, ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala telah digunakan juga bagi menguji hipotesis di antara pemboleh ubah bebas iaitu jawatan, bilangan komputer dan penyertaan kursus dengan pemboleh ubah sandaran iaitu tahap penggunaan komputer dab sikap terhadap penggunaan komputer. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan adalah rendah (min=1.75). Masalah-masalah yang dikemukakan oleh responden berkaitan penggunaan komputer di pejabat ialah masalah kurang kemahiran menggunakan komputer dan masalah bilangan komputer yang tidak mencukupi. Kajian bagi mengenalpasti jumlah pengurus yang pernah menyertai kursusu komputer menunjukkan hanya 23.4% pengurus kanan yang pernah menyertai kursus komputer. Kajian berkaitan sikap responden terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan pentadbiran menunjukkan semua responden mempunyai sikap positif terhadap penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan pentadbiran pejabat. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan komputer dan penyertaan kursus dengan tahap penggunaan komputer. Selain itu, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara jawatan dengan tahap penggunaan komputer. Melalui kajian ini, beberapa cadangandikemukakan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pengurus-pengurus kanan dalam penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan pejabat. Antaranya ialah menyediakan kursus-kursus komputer yang selaras dengan perkembangan perisian komputer, menambahkan bilangan yang sesuai dengan nisbah pengurus, menyediakan juruteknik yang bukan di kalangan pengurus bagi membaik pulih komputerdi pejabat, memberi perisian berkaitan pengurusan pejabat secara percuma dan mewujudkan hubungan rangkaian pengkomputeran tempatan (local area network).

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 1352
Uncontrolled Keywords: Computer Usage, Office Management, Managers
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD28-70 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty and School System > Faculty of Information Technology
Date Deposited: 29 Jun 2010 08:33
Last Modified: 24 Jul 2013 12:11
Department: Faculty of Information Technology
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/1352

Actions (login required)

View Item
View Item