UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian Terhadap Penggunaan Komputer di Kalangan Pengurus-Pengurus Syarikat Kumpulan FELDA

Mohd Yusof, Kasharan (2004) Kajian Terhadap Penggunaan Komputer di Kalangan Pengurus-Pengurus Syarikat Kumpulan FELDA. Project Report. Faculty of Information Technology. (Unpublished)

[thumbnail of MOHD._YUSOF_KASHARAN.pdf] PDF
MOHD._YUSOF_KASHARAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Projek kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan dan masalah yang di hadapi dalam penggunaan komputer, penyertaan kursus komputer, dan sikap terhadap
penggunaan komputer dalam pengurusan pejabat. Sejumlah 94 responden yang terdiri daripada pengurus-pengurus yang berjawatan Pengurus Kanan Pengurus, Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif, Pembantu Eksekutif telah mcngambil bahagian dalam soal selidik ini. Penganalisisan data telah dilakukan secara deskriptif dengan
menggunakan pemaratusan, kekerapan, jadual silang dan min. Di samping ujian-t telah digunakan untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
penggunaan dan sikap pengguna dengan lokasi pentadbiran. Selain daripada itu, ujian
kolerasi Pearson dan ANOVA satu hala telah digunakan juga bagi menguji hipotesis di antara pemboleh ubah bebas iaitu jawatan, bilangan komputer dan penyertaan kursus
dengan pemboleh ubah sandaran iaitu tahap penggunaan komputer dan sikap terhadap
penggunaan komputer. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan komputer bagi
tujuan pengurusan adalah rendah (min=1.75). Masalah-masalah yang dikemukakan oleh
responden berkaitan penggunaan komputer di pejabat ialah masalah kurang kemahiran
menggunakan komputer dan masalah bilangan komputer yang tidak mencukupi. Kajian
bagi mengenal pasti jumlah pengurus yang pernah menyertai kursus komputer menunjukkan hanya 23.4% pengurus kanan yang pernah menyertai kursus komputer.
Kajian berkaitan sikap responden terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan
pentadbiran menunjukkan semua responden mempunyai sikap yang positif terhadap
penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan pentadbiran pejabat. Kajian juga
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara bilangan komputer dan penyertaan kursus komputer dengan tahap penggunaan komputer. Selain itu kajian menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan antara jawatan dengan tahap penggunaan komputer. Melalui kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah-masalah
yang di hadapi oleh pengurus-pengurus kanan dalam penggunaan komputer bagi tujuan
pengurusan pejabat. Antaranya ialah menyediakan kursus-kursus komputer yang selaras
dengan perkembangan perisian komputer, menambahkan bilangan yang sesuai dengan
nisbah pengurus, menyediakan juruteknik yang bukan di kalangan pcngurus bagi
membaik pulih komputer di pejabat, memberi perisian berkaitan pengurusan pejabat
secara percuma dan mewujudkan hubungan rangkaian pengkomputeran tempatan (local area network).

Item Type: Monograph (Project Report)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 1769
Uncontrolled Keywords: Office Management, Information Technology, Computer Usage, Managers, Case Study
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD28-70 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty and School System > Faculty of Information Technology
Date Deposited: 02 May 2010 08:38
Last Modified: 24 Jul 2013 12:13
Department: Faculty of Information Technology
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/1769

Actions (login required)

View Item
View Item