UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Bias Ujian Aneka Pilihan Matematik KBSM Berdasarkan Perbezaan Individu dan Orientasi Pembelajaran Matematik

Veloo, Arsaythamby (2006) Bias Ujian Aneka Pilihan Matematik KBSM Berdasarkan Perbezaan Individu dan Orientasi Pembelajaran Matematik. PhD. thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of ARSAYTHAMBY_AL_VELOO_-_BIAS_UJIAN_ANEKA_PILIHAN_MATEMATIK_KBSM....pdf] PDF
ARSAYTHAMBY_AL_VELOO_-_BIAS_UJIAN_ANEKA_PILIHAN_MATEMATIK_KBSM....pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB) | Request a copy
[thumbnail of ARSAYTHAMBY_AL_VELOO_-_BIAS_UJIAN_ANEKA_PILIHAN_MATEMATIK_KBSM....pdf]
Preview
PDF
ARSAYTHAMBY_AL_VELOO_-_BIAS_UJIAN_ANEKA_PILIHAN_MATEMATIK_KBSM....pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengesan kualiti dan bias ujian aneka pilihan matematik. Kewujudan bias ujian aneka pilihan matematik dikenal pasti melalui perbezaan individu dari segi jantina, bangsa dan lokasi sekolah. Dari aspek bukan
kognitif pemboleh ubah orientasi pembelajaran matematik (OPM) digunakan sebagai peramal pencapaian matematik. Teori Ujian Klasik (CTT) digunakan sebagai kerangka utama kajian ddam mengenal pasti ralat random dan ralat sistematik sebagai bias ujian. Responden kajian terdiri daripada 674 pelajar tingkatan empat yang dipilih secara persampelan rawak berstrata berperingkat di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan ujian aneka pilihan matematik dan soal selidik OPM sebagai alat ukur. Ujian aneka pilihan matematik mengandungi 40 item manakala soal selidik OPM yang terdiri daripada sikap, kebimbangan, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran
matematik mengandungi 72 item (Maree, 1997). Program ITEMAN digunakan untuk menganalisis ujian aneka pilihan untuk mendapatkain pekali kesukaran dan pekali diskriminasi. Bagi ujian kesignifikan, penyelidik menggunakan ujian-t, ANOVA, korelasi dan regresi berganda. Dapatan Kajian menunjukkan bahawa empat item (Garis Lurus, Set dan Garis dan Satah Tiga Matra) tidak memenuhi syarat pekali kesukaran manakala item Bulatan tidak memenuhi pekali diskriminasi. Hasil kajian ini mendapati Bidang Bentuk, Perkaitan dan Matematik KBSM bias kepada bangsa iaitu memihak kepada pelajar Cina dan bias kepada pelajar Melayu dan India. Bidang Bentuk dan Matematik pula bias kepada lokasi sekolah iaitu berkecenderungan kepada pelajar sekolah bandar dan bias kepada pelajar luar bandar. Faktor-faktor afektif seperti sikap, tabiat, tiingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik pula menunjukkan hubungan yang positif manakala kebimbangan matematik menunjukkan hubungan yang negatif dengan ujian aneka pilihan dan bidang matematik. Dapatan kajian ini menunjukkan bangsa dan lokasi sekolah berperanan sebagai pemboleh ubah penyederhana antara OPM dengan ujian
aneka pilihan matematik. Dapatan kajian ini menyokong kewujudan bias ujian aneka pilihan dari segi ralat sistematik dalam Teori Ujian Klasik. Kajian ini menunjukkan
pelajar Melayu dan India lemah dalam Bidang Bentuk, Perkaitan dan OPM. Pada keseluruhannya pelajar Melayu dan India menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah matematik. Mereka perlu diberi perhatian yang khusus semasa pengajaran matematik terutamanya dalam penyelesaian masalah yang kompleks. Tambahan lagi peranan bangsa dan lokasi sekolah sebagai pemboleh ubah penyederhana menyumbang
kepada pencapaian matematik yang rendah. Dalam mengenal pasti bias ujian, bidang matematik KBSM adalah penting bagi mendapatkan maklumat tentang penguasaan pelajar mengikut bidang kemahiran matematik. Kajian ini juga turut memberi implikasi kepada aspek afektif. dan kognitif pelajar dalam pembelajaran matematik. Bias kebolehan afektif pelajar dalam pembelajaran matematik turut niengakibatkan bias dalam aspek kognitif. Oleh itu, sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan faktor afektif pelajar perlu tliberi penekanan terutamanya di kalarigan pelajar yang lemah dalam matematik.

Item Type: Thesis (PhD.)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 1926
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: Faculty and School System > Centre for Graduate Studies
Date Deposited: 29 Mar 2012 04:10
Last Modified: 24 Jul 2013 12:13
Department: Centre for Graduate Studies
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/1926

Actions (login required)

View Item
View Item