UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah: Ke Arah Penubuhan Perkhidmatan Tadbir Negeri (Kedah Civil Service) 1895 - 1957

Mohd Shariff, Abu Samah (2010) Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah: Ke Arah Penubuhan Perkhidmatan Tadbir Negeri (Kedah Civil Service) 1895 - 1957. PhD. thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Mohd_Shariff_Abu_Samah.pdf]
Preview
Text
Mohd_Shariff_Abu_Samah.pdf

Download (3MB) | Preview
[thumbnail of 1.Mohd_Shariff_Abu_Samah.pdf]
Preview
Text
1.Mohd_Shariff_Abu_Samah.pdf

Download (365kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini menganalisa sejarah Ketuanan Melayu daripada pentadbiran tradisional kepada pentadbiran moden yang bermula sejak tahun 1905 apabila negeri Kedah di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid menubuh Majlis Mesyuarat Negeri. Latar belakang kajian ini melihat kepada sejarah penubuhan dan fungsi yang di laksanakan bagi memajukan negeri Kedah dari segi kecekapan pengurusan yang teratur, dan sistematik. Kajian ini juga menyentuh mengenai Sultan Abdul Hamid (1864-1943) yang lebih dikenali sebagai 'Bapa Pentadbiran Moden' dapat di lihat dari dua aspek yang berbeza. Pertama melihat kepada perubahan-perubahan yang telah berlaku di sepanjang pemerintahannya dan yang kedua melihat perwatakan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai kekuatan personaliti yang hebat. Kajian ini menumpukan perhatian kepada pentadbiran secara moden, iaitu satu
transfomasi daripada pentadbiran tradisional kepada satu sistem pentadbiran yang lebih berkesan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan sebagai panduan. Kajian ini juga memberi penekanan kepada modenasasi Pentadbiran Negeri Kedah dan Penubuhan Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah atau Kedah Civil Service ( KCS ) sejak tahun 1905 hingga tahun 1957. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan pendekatan kajian sejarah politik. Sumber pertama yang penting dalam kajian ini bagi mendapat maklumat dan data baru bagi memboleh penulisan di buat dengan lebih sistematik dan tersusun. Sumber utama termasuklah fail-fail Kerajaan, minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri, urusan pentadbiran, warta-warta Kerajaan, surat-menyurat, terbitan Kerajaan, akhbar, memoir dan sumber lain, temubual dengan tokoh-tokoh sejarahwan yang termuka di Kedah seperti Wan Samsuddin Mohd Yusof, yang banyak menulis berhubung dengan salasilah Kesultanan negeri Kedah, dan bekas Pegawai-pegawai Tadbir Negeri yang bersara. Di bawah sistem pentadbiran moden KCS telah berjaya membangunkan negeri dengan menggunakan pendekatan sistem pentadbiran dan pengurusan yang mantap, cekap, efisen, efektif, berwibawa, bertanggongjawab, berintegriti, kredibiliti dan akauntabiliti. Berjaya memperkukuhkan dan mempertingkatkan kedudukan kewangan negeri dari tahun 1905-1957. KCS di dapati lebih matang kerana sepanjang pengwujudannya ia terpaksa mengharungi berbagai zaman seperti Perang Dunia
Pertama, pemerintahan Jepun (Perang Dunia Kedua), kemudian di bawah naungan Siam antara tahun 1942- 1945, kemudian British Malayan Administration (BMA), kemudian pengistiharan darurat (Emergency) 1948-1960 kemudian pecubaan rampasan kuasa oleh Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA), kemudian pengistiharan dharurat ( Emergency ) 1948-1960. Apa pun rintangan dan halangan KCS tetap teguh, mantap dan berjaya mencapai matlamat penubuhannya dengan cemerlang.

Item Type: Thesis (PhD.)
Supervisor : Sakdan, Mohd Fo'ad
Item ID: 2418
Uncontrolled Keywords: Public Administration, History, Kedah
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia)
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 17 Aug 2011 00:40
Last Modified: 26 Mar 2023 00:22
Department: College of Law, Government and International Studies
Name: Sakdan, Mohd Fo'ad
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/2418

Actions (login required)

View Item
View Item