UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Sikap Kakitangan Terhadap Perubahan Organisasi: Satu Kajian ke Atas Polis Diraja Malaysia

Che Ghazali, Che Awang (2011) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Sikap Kakitangan Terhadap Perubahan Organisasi: Satu Kajian ke Atas Polis Diraja Malaysia. PhD. thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Che_Ghazali_Che_Awang.pdf]
Preview
Text
Che_Ghazali_Che_Awang.pdf

Download (2MB) | Preview
[thumbnail of 1.Che_Ghazali_Che_Awang.pdf]
Preview
Text
1.Che_Ghazali_Che_Awang.pdf

Download (491kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap perubahan organisasi. Kajian ini secara empirikal berusaha untuk mencari suatu jawapan yang lebih tepat dan konkrit mengenai hubungan di antara enam pembolehubah bebas iaitu kepantasan penerimaan, kesediaan perubahan organisasi, komitmen dalam organisasi, kepercayaan kepada pengurusan, komunikasi dalam organisasi dan latihan dalam organisasi yang mempengaruhi sikap pegawai terhadap perubahan organisasi di dalam PDRM.
Kajian-kajian terdahulu banyak menumpukan kepada aspek makro ke arah perubahan organisasi dan hanya segelintir pengkaji yang menumpukan aspek mikro iaitu sikap individu yang dapat menjayakan program ke arah perubahan organisasi. Kepentingan faktor kemanusiaan dalam program perubahan telah pun terbukti, dan ini kerana perubahan organisasi adalah mengubah sikap individu dan tingkahlaku berikutan perubahan objektif. Dalam usaha untuk mengetahui signifikannya perhubungan-perhubungan tersebut, kajian ini telah menggunakan pendekatan kajian empirikal dengan
menjalankan kajian sod selidik terhadap sikap pegawai polis di Malaysia. Penyelidikan secara empirik telah dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan melalui pos dan maklumat daripada 412 responden yang terdiri dari pegawai PDRM telah diperolehi. Keputusan dari kajian ini mendapati terdapat lima pembolehubah iaitu kepantasan penerimaan, kesediaan untuk perubahan, kepercayaan kepada pengurusan, komunikasi dalam organisasi dan latihan dalam organisasi adalah secara signifikan mempengaruhi sikap pegawai terhadap
perubahan organisasi. Implikasi kajian ini mendapati yang faktor latihan dan komunikasi dalam organisasi adalah satu usaha untuk menghalang sikap negatif pegawai manakala implikasi teoritikal telah menyumbang kepada penyelidikan
empirik tentang perhubungan di antara faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pegawai terhadap perubahan organisasi, Dengan itu penyelidikan ini telah menyokong penuh terhadap faktor-faktor pembolehubah mikro yang signifikan positif terhadap sikap pegawai PDRM terhadap perubahan organisasi.
Cadangan bagi kajian akan datang adalah dengan menggunakan pendekatan makro-mikro dan mengaplikasikan lapan faktor-faktor pembolehubah bebas dan menggunakan faktor penyederhana (mediator) iaitu kepuasan kerja yang akan
menghasilkan kepuasan kerja individu ditempat kerja seterusnya dapat membawa kepada perubahan organisasi.

Item Type: Thesis (PhD.)
Supervisor : Mahmood, Rosli
Item ID: 2656
Uncontrolled Keywords: Organizational Change, Staff Attitude, Armed Forces
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD28-70 Management. Industrial Management
Divisions: College of Business (COB)
Date Deposited: 09 Jan 2012 02:19
Last Modified: 13 Apr 2022 01:54
Department: College of Business
Name: Mahmood, Rosli
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/2656

Actions (login required)

View Item
View Item