UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Penyeludupan Dadah oleh Warga Asing: Kajian Terhadap Modus Operandi, Jenis-Jenis Dadah dan Impak ke atas Keselamatan Malaysia

Charun, Aai Been (2011) Penyeludupan Dadah oleh Warga Asing: Kajian Terhadap Modus Operandi, Jenis-Jenis Dadah dan Impak ke atas Keselamatan Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of CHARUN_AAI_BEEN.pdf]
Preview
Text
CHARUN_AAI_BEEN.pdf

Download (1MB) | Preview
[thumbnail of 1.CHARUN_AAI_BEEN.pdf]
Preview
Text
1.CHARUN_AAI_BEEN.pdf

Download (430kB) | Preview

Abstract

Fenomena penyeludupan dadah oleh warga asing ke Malaysia dewasa ini semakin mencemaskan dan angka menunjukkan peningkatan. Di dada akhbar saban hari memaparkan pelbagai modus operandi dan jenis-jenis dadah yang diseludup masuk ke negara kita. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah penyeludupan dadah oleh warga asing ini ke Malaysia. Dalam kajian ini, kaedah temubual digunakan dengan mengemukakan soalan-soalan
yang releven dengan penyeludupan dadah oleh warga asing ke Malaysia.Seramai lima puluh responden terlibat yang terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman yang berpengalaman luas dalam bidang yang dikaji. JSJN merupakan nadi utama dalam usaha pembenterasan dadah di negara ini. Hasil kajian ini mendapati penyeludup dadah dari rantau Asia Tenggara iaitu Thailand mendominasi negara lain dalam aktiviti penyeludupan dadah diikuti oleh
Myanmar, Indonesia, Singapura dan Filipina. Manakala bagi rantau Timur Tengah pula, warga negara Iran merupakan penyeludup dadah yang paling ramai terlibat dalam aktiviti ini. Sementara itu, dari benua Afrika pula, Nigeria adalah merupakan negara yang paling ramai rakyatnya terlibat menyeludup dadah ke Malaysia. Di samping, itu negara-negara lain di dunia ini juga tidak ketinggalan tetapi jumlahnya adalah masih terkawal. Dalam kajian ini juga mendapati jenis dadah yang paling banyak diseludup ke Malaysia ialah jenis Syabu, Heroin dan Ganja.Pelbagai cadangan diperolehi hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini dan pengkaji telah merumuskan kepada beberapa cadangan yang releven yang
difikirkan boleh digunapakai oleh Agensi Penguatkuasa Malaysaia mahupun negara asing lain dalam usaha membenteras aktiviti penyeludupan dadah oleh warga asing ini. Antaranya ialah mengeratkan kerjasama dengan agensi dadah luar negara, menagani kemasukan kurier di pintu masuk negara, mengkaji semula pemberian visa on arrival, memperketatkan syarat visa pelajar asing, menukar pegawai penguatkuasa di pintu masuk negara secara berskala dan membina tembok antara Thailand dan Kelantan.Oleh yang demikian dari cadangan-cadangan yang dikemukakan ini diharapkan dapat mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih kepada proaktif oleh agensi pelaksanaa serta pengubal dasar negara berkaitan permasalahan dadah.Oleh demikian, diharapkan sekurang-kurangnya dapat mengekang serta melumpuhkan kegiatan penyeludupan dadah ke Malaysia agar hasrat kerajaan Malaysia “Tahun Malaysia Bebas Dadah 2015” dapat dicapai sepenuhnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Saud, Mohammad Basir and Abdul Kadir, Khadessa
Item ID: 3154
Subjects: H Social Sciences > HV Social Pathology. Social and Public Welfare
Divisions: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Date Deposited: 12 Mar 2013 07:31
Last Modified: 13 Apr 2022 01:39
Department: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Name: Saud, Mohammad Basir and Abdul Kadir, Khadessa
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/3154

Actions (login required)

View Item
View Item