UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keberkesanan Projek Pembangunan: Kajian Kes Tapak Perniagaan di Alor Setar, Kedah

Nursyidah, , (2012) Keberkesanan Projek Pembangunan: Kajian Kes Tapak Perniagaan di Alor Setar, Kedah. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s809258.pdf] Text
s809258.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB) | Request a copy
[thumbnail of s809258.pdf]
Preview
Text
s809258.pdf

Download (570kB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengambil sesebuah kes projek pembangunan tapak perniagaan yang merupakan salah satu program dari sektor perkhidmatan bagi mengetahui tingkat keberkesanan yang berlaku terhadap masyarakat setempat daripada projek yang dibina. Penyelidik mengkaji satu kes Keberkesanan Projek Pembangunan Tapak Perniagaan Taman PKNK yang dilaksanakan oleh PBT-MBAS, dengan persetujuan dan maklumat Unit Pembangunan daripada Bahagian Kerajaan Tempatan SUK. Kajian ini mencuba mengungkap faedah dan kesan yang diperolehi oleh setiap kelompok yang terlibat (MBAS, Kontraktor, Peniaga, dan Pelanggan) daripada projek pembangunan tapak perniagaan yang telah dibina di Jalan Tun Razak, Alor Setar, Kedah. Pendekatan kajian yang digunakan ialah logik induktif dengan pemahaman positivism dan hasil pemikirannya dengan menggunakan pendekatan deskriptif
kualitatif. Maklumbalas daripada ke-4 (empat) kelompok tersebut sebagai sumber primer dan dokumentasi-dokumentasi penting daripada organisasi serta literatureliterature
pustaka sebagai sumber sekunder. Data dikumpul dengan teknik dokumentasi dan temu bual. Kajian ini menghujahkan proses keberkesanan projek pembangunan tapak yang cenderung bersifat analisis induktif, manakala bermula dengan pemerhatian khusus, yang akan memunculkan tema-tema, kategori-kategori, dan pola hubungan di antara kategori-kategori tersebut. Kajian ini merumuskan bahawa pelaksanaan dan pembinaan projek pembangunan tapak perniagaan di Taman
PKNK, Jalan Tun Razak, Alor Setar, Kedah, dapat memberikan kesan dan faedah positif terutama bagi MBAS dan para peniaga dalam menjana pendapatan isi rumah mereka, dan juga mampu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat, serta dapat memberikan kesan positif pada kerapian dan keindahan Bandaraya Alor Setar.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Hussin, Zolkafli
Item ID: 3526
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD28-70 Management. Industrial Management
Divisions: College of Business (COB)
Date Deposited: 11 Sep 2013 09:01
Last Modified: 20 Apr 2016 07:24
Department: College of Business
Name: Hussin, Zolkafli
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/3526

Actions (login required)

View Item
View Item