UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan Komitmen, Pengetahuan dan Sistem Operasi dengan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Banjir: Satu Kajian Kes di Pejabat Daerah Kubang Pasu

Raihan Fitri Agustina, , (2013) Hubungan Komitmen, Pengetahuan dan Sistem Operasi dengan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Banjir: Satu Kajian Kes di Pejabat Daerah Kubang Pasu. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s809262.pdf]
Preview
Text
s809262.pdf

Download (1MB) | Preview
[thumbnail of s809262.pdf]
Preview
Text
s809262.pdf

Download (363kB) | Preview

Abstract

Bencana banjir yang terlibat Kubang Pasu pada 2010 menyebabkan kerugian harta benda dan ribuan korban manusia berpindah untuk menyelamatkan nyawanya. Bencana Banjir adalah peristiwa terbenamnya daratan (yang biasanya kering) kerana kelantangan air yang meningkat. Banjir boleh terjadi kerana peluapan air yang berlebihan di suatu tempat akibat hujan besar, peluapan air sungai, atau pecahnya empangan sungai. Banjir boleh di ertikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem longkang disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang, dan halangan pada saluran. (Menurut Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara). Kawasan-kawasan yang terkena bencana banjir iaitu Kodiang, Megat Dewa, Tunjang dan Sungai Korok. Pengurusan bencana banjir secara langsung mengatasi keperluan masyarakat yang di kawasan terkena banjir. Dalam hal ini Pejabat Daerah Kubang Pasu melakukan kesiapsiagaan dengan mempunyai komitmen, memberi latihan dan kursus (pengetahuan) dan sistem operasi dalam hal pengurusan melakukan kesiapsiagaan bencana banjir. Kesiapsiagaan ertinya pengetahuan dan keupayaan yang dibangunkan oleh agensi, masyarakat dan individu supaya berkebolehan untuk menjangka, bertindak balas dan pulih daripada kesan-kesan bencana secara efektif. Tindakan kesiapsiagaan termasuklah penyusunan rencana mengatasi bencana, pemeliharan dan latihan kakitangan. (Menurut Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara). Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah banyak menjelaskan dan mengatur semua yang mengenai hal kesiapsiagaan sebagai pedoman bagi Pejabat Daerah Kubang Pasu. Tujuan penyelidikan ini untuk mengetahui sejauh mana Pejabat Daerah Kubang Pasu, agensi-agensi dan masyarakat melakukan kesiapsiagaan bencana banjir. Data diperolehi dari hasil temubual dan laporan-laporan yang dikeluarkan sendiri oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu terutama yang berkaitan dengan kesiapsiagaan bencana banjir. Dari hasil kajian menunjukkan bahawa Pejabat Daerah Kubang Pasu secara komitmen, pengetahuan dan sistem operasi sangat berpengaruh dan memberi sokongan terhadap kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana banjir. Disyorkan kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu ialah sebagaimana berikut: 1) komited membantu masyarakat dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir berupa latihan dan kursus pengendalian bencana banjir, 2) menaiktarafkan system operasi dalam kesiapsiagaan bencana banjir

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Ahmad, Fais
Item ID: 3584
Uncontrolled Keywords: Kesiapsiagaan, Pengurusan Bencana Banjir.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
Divisions: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Date Deposited: 30 Sep 2013 00:36
Last Modified: 01 Feb 2023 06:36
Department: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Name: Ahmad, Fais
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/3584

Actions (login required)

View Item
View Item