UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Analisis kandungan akhbar bahasa melayu : Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) di Malaysia

Nurina Awanis, Mohamed (2014) Analisis kandungan akhbar bahasa melayu : Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) di Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s813804.pdf]
Preview
Text
s813804.pdf

Download (1MB) | Preview
[thumbnail of s813804_abstract.pdf]
Preview
Text
s813804_abstract.pdf

Download (625kB) | Preview

Abstract

Media massa merupakan suatu alat perantara yang berfungsi sebagai medium dalam menyampaikan informasi secara terkini kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira apa jua bidang sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya. Hubungan antara media dan proses pilihanraya sangat sinonim. Peranan media mahupun media cetak atau elektronik digunakan dengan sebaiknya bagi menyalurkan maklumat pembangunan, perkembangan sosial, politik dan sebagainya. Kajian ini adalah mengenai hubung kait akhbar dengan pilihanraya bagi mengkaji arah berita dan tema yang sering dipaparkan oleh akhbar- akhbar tersebut. Akhbar yang telah dipilih ialah Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian kerana ketiga-tiga akhbar bahasa Melayu ini telah mencatatkan jumlah edaran yang tertinggi di Malaysia. Tempoh kajian ini bermula pada 20 April 2013 hingga 5 Mei 2013, iaitu tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Bagi menjawab persoalan kajian, pembentukan kategori telah dibentuk. Kategori arah berita dalam kajian ini terbahagi kepada lima arah, iaitu positif kepada parti memerintah, positif kepada Pakatan Rakyat, negatif kepada parti memerintah, negatif kepada Pakatan Rakyat dan neutral. Manakala, bagi tema pula ia boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dengan menggunakan analisis kandungan, hasil kajian mendapati majoriti item berita daripada ketiga-tiga akhbar memaparkan arah berita yang positif kepada parti memerintah manakala tema politik merupakan tema yang paling menonjol dalam ketiga-tiga akhbar. Kajian ini boleh dipertingkatkan lagi dengan menganalisis kandungan akhbar yang berkisar tentang pilihanraya kecil atau melibatkan akhbar pelbagai bahasa.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Ahmad Zakuan, Ummu Atiyah
Item ID: 4195
Uncontrolled Keywords: Media massa, Akhbar, Pilihanraya, Arah berita, Tema
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 03 Nov 2014 00:37
Last Modified: 31 Jul 2022 02:55
Department: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Name: Ahmad Zakuan, Ummu Atiyah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/4195

Actions (login required)

View Item
View Item