UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kajian terhadap faktor-faktor kejayaan dan cabaran bagi usahawan wanita Melayu di daerah Seberang Perai Pulau Pinang

Faten Syazwanie, Mohamad Darus (2013) Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kajian terhadap faktor-faktor kejayaan dan cabaran bagi usahawan wanita Melayu di daerah Seberang Perai Pulau Pinang. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s811812.pdf]
Preview
Text
s811812.pdf

Download (2MB) | Preview
[thumbnail of s811812_abstract.pdf]
Preview
Text
s811812_abstract.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kaj ian bertajuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS): Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kejayaan Dan Cabaran Bagi Usahawan Wanita Melayu di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang dianggap penting kerana kajian ini akan mengkaji instrumen-insmen yang telah menyumbang kepada kejayaan dan juga cabaran yang terpaksa dihadapi oleh usahawan wanita Melayu PKS di Daerah Seberang Perai Pulau Pinang. Sepertimana yang kita semua tahu, PKS merupakan salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Kerajaan Malaysia juga telah banyak memberi penumpuan terhadap bidang ini. Oleh sebab pembabitan lebih ramai rakyat dalam bidang keusahawanan, maka tidak mustahil jika matlamat negara untuk mencapai pendapatan perkapita yang tinggi menjelang 2020 mampu dicapai. Menjelang alaf ke-21 ini, peranan wanita dalam bidang ekonomi semakin meningkat dari semasa ke semasa Golongan ini juga berperanan penting dalam memacu pembangunan ekonomi di negara kita. Oleh itu, hasil kajian ini akan meneliti adakah faktor taraf pendidikan, faktor individu, faktor persekitaran dan juga peranan agensi yang menjadi faktor penentu kepada kejayaan usahawan wanita Melayu PKS di Daerah Seberang Perai Pulau Pinang. Selain itu juga kajian ini akan meneliti cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan ini dalam usaha membangunkan perniagaan mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Abdul Ghani, Ahmad Bashawir
Item ID: 4728
Uncontrolled Keywords: PKS, Wanita, Usahawan, Faktor Kejayaan dan Cabaran
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD4801-8943 Labor. Work. Working Class
H Social Sciences > HQ The Family. Marriage. Woman
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 06 Jul 2015 03:48
Last Modified: 10 Apr 2022 02:51
Department: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Name: Abdul Ghani, Ahmad Bashawir
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/4728

Actions (login required)

View Item
View Item