Muhamad Rizal, Ibrahim (2008) Amalan TQM di sekolah dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru sekolah-sekolah menengah di negeri Perlis. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![]() |
Text
s86977.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
|
|
Text
s86977_abstracts.pdf Download (4MB) | Preview |
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) di sekolah dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru sekolah-sekolah menengah di negeri Perlis. Soalan kajian dibuat ke atas amalan TQM melalui aspek sokongan pengurusan atasan, perancangan strategik kualiti, mengutamakan pelanggan, latihan dan pengiktirafan, semangat berpasukan, pengukuran prestasi dan kepastian kualiti. Objektif kajian adalah untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara jantina, umur, tempoh perkhidmatan, gaji dan elaun dan jawatan dengan amalan TQM. Seterusnya kajian ini melihat hubungan dan kekuatan hubungan antara amalan TQM ini dengan kepuasan kerja. Kajian ini dijalankan melalui pengumpulan data dari soal selidik ke atas 300 orang guru yang mengajar di sekolah-sekolah menengah di negeri Perlis. Soal selidik ini mengandungi 54 item soalan yang menggunakan empat Skala Likert iaitu bermula dengan (1) sangat tidak setuju mengunjur kepada (4) sangat bersetuju. Analisis statistik pula akan menggunakan perisian SPSS for Windows Version 12.0 memandangkan ia merupakan perisian yang stabil untuk digunakan. Analisis yang dipilih pula adalah ANOVA dan Kolerasi Mudah Pearson. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara peringkat umur, gaji dan elaun dan jawatan dengan amalan TQM. Berlawanan dengan jantina dan tempoh perkhidmatan yang tiada hubungan signifikan dengan amalan TQM. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan. antara amalan TQM dengan kepuasan kerja. Kekuatan hubungan adalah tinggi yang positif
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
Divisions: | College of Arts and Sciences (CAS) |
Depositing User: | Mr. Badrulsaman Hamid |
Date Deposited: | 30 Jul 2015 07:09 |
Last Modified: | 30 Jul 2015 07:09 |
URI: | http://etd.uum.edu.my/id/eprint/4805 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |