UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Gaya kepimpinan pentadbir sekolah dengan kepuasan kerja guru

Zulkarnain, Zakaria (2010) Gaya kepimpinan pentadbir sekolah dengan kepuasan kerja guru. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s89713.pdf] Text
s89713.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy
[thumbnail of s89713_abstract.pdf]
Preview
Text
s89713_abstract.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir sekolah dengan kepuasan kerja guru secara keseluruhan. Kajian ini juga turut memperlihatkan empat gaya yang terdapat dalam kepimpinan pentadbir sekolah iaitu gaya mengarah, gaya menyokong, gaya bersama/
partisipatif dan gaya berorientasikan kejayaan serta kaitannya dengan kepuasan kerja guru. Kepuasan kerja ini dilihat dalam aspek kepuasan dalaman (intrinsik) dan kepuasan luaran (ektrinsik). Kajian ini melibatkan seramai 56 orang guru di dua buah sekolah di Sungai Petani Kedah. Kajian ini juga turut menyediakan satu set soalan kaji selidik dimana terdapat 5 soalan berkenaan data personal iaitu jantina, bangsa, taraf pendidikan, umur dan tempoh perkhidmatan. Set soal selidik ini merangkumi 25 soalan berkaitan gaya kepimpinan dan 18 soalan berkaitan tahap kepuasan kerja. Data-data yang diperoleh ini dianalisa menggunakan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan, min dan sisihan lazim) dan statistik inferensi (ujian ANOVA sehala, korelasi Pearson dan Regresi). Pada akhir kajian ini, menemukan hasil yang agak positif di mana menunjukkan pentadbir sekolah mengamalkan gaya kepimpinan pada tahap sederhana. Sementara tahap kepuasan kerja guru juga pada tahap yang sederhana dan
menghampiri tahap tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
persepsi guru berdasarkan pengalaman dan tahap umur guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan terdapat hubungan positif di antara kepuasan kerja guru dan gaya kepimpinan pentadbir sekolah secara keseluruhan

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mohd. Yusoff, Mohd Zailani
Item ID: 4818
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Divisions: College of Arts and Sciences (CAS)
Date Deposited: 06 Aug 2015 02:11
Last Modified: 06 Aug 2015 02:11
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences
Name: Mohd. Yusoff, Mohd Zailani
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/4818

Actions (login required)

View Item
View Item