UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan amalan sumber manusia dengan pengekalan pekerja di organisasi

Nachithah, Arshad (2013) Hubungan amalan sumber manusia dengan pengekalan pekerja di organisasi. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s803058.pdf]
Preview
Text
s803058.pdf

Download (1MB) | Preview
[thumbnail of s803058_abstract.pdf]
Preview
Text
s803058_abstract.pdf

Download (496kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti bagaimana hubungan amalan sumber manusia
dengan pengekalan pekerja dikalangan staf di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pengekalan pekerja ialah isu penting yang memerlukam tumpuan setiap organisasi kerana ia adalah elemen penting yang telah dikenalpasti sebagai faktor utama dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu organisasi. Pengekalan pekerja ialah kehendak yang kuat untuk kekal dalam sesuatu organisasi. Berdasarkan penyelidikan, empat elemen telah dikenal pasti dalam menyumbang kepada pengekalan pekerja dikalangan staf (pentadbiran) UUM iatu keadaan, suasana atau corak kerja, pemilihan serta kenaikan pangkat pekerja, pengiktirafan, hadiah serta pampasan dan penilaian prestasi kakitangan. Daripada kajian dapat menunjukkan sejauhmana kesemua elemen ini menolong dalam menyumbangkan kepada tahap pengekalan pekerja dikalangan staf pentadbiran UUM dan hubungkait di antara mereka satu sama lain. Kajian telah dijalankan melalui pengedaran borang soal
selidik kepada 250 orang staf pentadbirtan di Universiti Utara Malaysia di mana daripada
tersebut sebanyak 189 orang telah memberi respon. Keputusan telah dianalisa dengan
menggunakan kaedah SPSS 19.0 iaitu versi terkini bagi mendapat hasil kajian yang lebih
bertepatan. Kajian mendapati terdapat hubungan signifikan di antara keempat-empat pemboleh ubah. Kajian mendapati keempat-empat faktor tersebut iaitu persekitaran kerja dan corak pekerjaan, pemilihan dan kenaikan pangkat, pengiktirafan ke atas sumbangan pekerja serta pampasan dan penilaian prestasi kakitangan adalah mempunyai hubungan dengan pengekalan pekerja kakitangan pentadbiran di Universiti Utara Malaysia

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Subramaniam, Chandrakantan
Item ID: 4961
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce. > HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment
Divisions: College of Business (COB)
Date Deposited: 30 Sep 2015 01:49
Last Modified: 26 Jan 2023 02:43
Department: College of Business
Name: Subramaniam, Chandrakantan
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/4961

Actions (login required)

View Item
View Item