UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh bahasa Tiong Hua dalam semangat nasionalisme di sekolah menengah persendirian cina: Satu kajian kes: Sekolah Menengah Cina Pai Fong

Fetty Azura, Md. Yunus (2011) Pengaruh bahasa Tiong Hua dalam semangat nasionalisme di sekolah menengah persendirian cina: Satu kajian kes: Sekolah Menengah Cina Pai Fong. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s806499.pdf] Text
s806499.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy
[thumbnail of s806499_abstract.pdf]
Preview
Text
s806499_abstract.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Latar belakang masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa memberi cabaran kepada pemimpinnya dalam mengurus isu perpaduan negara. Sejak merdeka, lebih-lebih lagi berikutan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, isu perpaduan dan integrasi nasional tidak pernah terpisah daripada polisi pembinaan bangsa (nation-building). Dalam projek raksasanya, Wawasan 2020, Mahathir Mohamed telah juga menetapkan pembinaan "bangsa Malaysia" sebagai salah satu daripada sembilan cabaran itu. Sehubungan itu, soal masyarakat Malaysia yang majmuk telah menjadi isu yang hangat dibincangkan, terutamanya dari segi identiti orang Melayu dan Cina, kerana kedua-dua kumpulan etnik itu sangat dominan dalam bidang politik dan ekonomi etnik (Shamsul 1999). Keberkesanan polisi tentang perpaduan
daripada kerajaan Malaysia itu kuat bergantung pada pemahaman kita ke atas setiap kaum, terutamanya identity masing-masing dari segi ras dan keetnikan. Sekiranya dilaksanakan polisi tanpa mempertimbangkan tafsiran identiti setiap kaum itu, ia bukan sahaja tidak akan mencapai matlamatnya, tetapi juga mungkin akan melukakan perasaan kaum kaum, sekaligus akan membesarkan lagi jurang perbezaan antara kaum-kaurn itu. Oleh itu, perhatian penyelidikan ini diberi kepada kaum Cina dengan membincangkan pembentukan konsep tentang identiti orang Cina dan sifat kecinaannya, yang akan turut memperkatakan dorongan yang menyebabkan perubahan konsep mereka tentang diri mereka dari masa ke masa. Perbincangan itu diberi kepada : Untuk memahami identiti orang Cina dan kecinaannya, harus difahami proses pembentukan identiti mereka. Pendekatan yang digunakan ialah teori interaksionisme. Kajian ini merupakan suatu kajian pengaruh bahasa Tiong Hua dalam semagat nasionalisme di pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina Pay Fong. Kajian ini menyelidiki dan mengupas empat perkara utama. Pertama, kajian ini meninjau sebab musabab kewujudan untuk mengetahui kesahan dan perkembangan pendidikan Sekolah Menegah Persendirian Cina di negara ini. Sistem pendidikan kebangsaan negara ini adalah berasaskan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Setelah sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar utama, dalam dasar pendidikan kebangsaan. Sejak itu, Penyata Pendidikan dan Bahasa Kebangsaan terus menjadi landasan dalam pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan sehingga ke hari ini. Namun begitu, dalam pada itu juga wujud satu system pendidikan di luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu pendidikan Sekolah Menegah Persendirian Cina yang berlandaskan penggunaan bahasa ibunda etnik Cina, iaitu bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kedua, kajian kes yang
dijalankan menyelidiki tentang aspek-aspek penubuhan, pentadbiran, dan prospek Sekolah Menegah Persendirian Cina. Dalam pada itu, kajian ini secara langsung mendedahkan inisiatif, sokongan, dan peranan komuniti Cina
setempat terhadap pendidikan bahasa ibunda mereka. Hasil penyelidikan ini secara tidak langsung boleh mengesahkan kewujudan semangat perjuangan komuniti Cina yang kental terhadap pendidikan bahasa ibunda bagi memastikan survival mereka di negara ini. Ketiga, kajian ini melihat sejauh mana pendidikan Sekolah Menegah Persendirian Cina menuruti atau mematuhi aspirasi dan matlamat sistem pendidikan kebangsaan. Akhir sekali, kajian ini juga melihat kepada isu sekolah vernukalar prospek, hala tuju, dan cabaran yang bakal dihadapi oleh pendukung pendidikan di bawah dasar pendidikan Negara

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mohd Djuhri, Oemar Hamdan
Item ID: 5270
Subjects: J Political Science > JC Political theory
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 10 Dec 2015 01:19
Last Modified: 26 Apr 2016 02:36
Department: College of Law, Goverment and International Studies (COLGIS)
Name: Mohd Djuhri, Oemar Hamdan
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/5270

Actions (login required)

View Item
View Item