UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Faktor mempengaruhi gelagat ketidakpatuhan cukai di kalangan pengimport di Malaysia: Peranan rasuah sebagai pembolehubah perantara

Wan Mazlan, Wan Mat (2015) Faktor mempengaruhi gelagat ketidakpatuhan cukai di kalangan pengimport di Malaysia: Peranan rasuah sebagai pembolehubah perantara. DBA thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s91370.pdf]
Preview
Text
s91370.pdf

Download (1MB) | Preview
[thumbnail of s91370_abstract.pdf]
Preview
Text
s91370_abstract.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Walaupun pelbagai program telah dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi meningkatkan pungutan cukai import, namun bukti statistik masih menunjukkan peningkatan ketidakpatuhan cukai di kalangan pengimport. Dengan bertambahnya ketidakpatuhan cukai, hasil cukai yang dipungut adalah lebih rendah daripada cukai sebenar. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada ketidakpatuhan cukai, tetapi sebahagian besar kajian terdahulu tidak memberi penerangan yang jelas mengapa pengimport melakukan ketidakpatuhan cukai.
Sehingga kini, kajian yang membincangkan aspek ketidakpatuhan cukai import di Malaysia sukar ditemui. Oleh itu, kajian ini merupakan langkah pertama untuk menyiasat faktor-faktor penentu yang mempengaruhi ketidakpatuhan cukai import di
Malaysia. Dalam usaha untuk menentukan faktor yang berkaitan, kajian ini menggunakan model kendiri kewangan sebagai asas kajian. Beberapa pembolehubah berkaitan dengan sosiologi dan psikologi turut diambil kira. Objektif pertama kajian adalah untuk menentukan pengaruh pengetahuan cukai, kerumitan sistem cukai, agen
penghantaran, undang-undang cukai, penguatkuasaan, dan rasuah terhadap ketidakpatuhan cukai. Objektif kedua pula adalah untuk menentukan peranan perantara
rasuah terhadap faktor-faktor di atas dalam mempengaruhi ketidakpatuhan cukai import. Untuk mencapai kedua-dua objektif ini, data kajian dipungut melalui soal selidik terhadap 151 responden terpilih yang terbukti melakukan ketidakpatuhan cukai import. Keputusan ujian regresi berganda menunjukkan model yang diuji mempunyai padanan yang sesuai apabila 65% varian (R-Square) ketidakpatuhan cukai dapat
dijelaskan oleh pembolehubah bebas. Ini menunjukkan model yang digunakan dalam kajian ini adalah sesuai dan dapat meramalkan ketidakpatuhan cukai import. Kajian ini
mendapati bahawa pembolehubah bebas iaitu pengetahuan cukai, agen penghantaran, undang-undang cukai, penguatkuasaan, dan rasuah menjadi penentu penting ketidakpatuhan cukai import. Kajian ini juga mendapati rasuah memberi kesan perantara penuh terhadap undang-undang cukai dan memberi kesan perantara separa
terhadap agen penghantaran dan penguatkuasaan dalam hubungan terhadap ketidakpatuhan cukai. Hasil kajian ini menyediakan maklumat berguna kepada JKDM bagi membangunkan strategi untuk meningkatkan kepatuhan sukarela pada masa akan
datang. Di samping itu, kajian ini juga menyumbang kepada literatur mengenai ketidakpatuhan cukai dengan menguji kesesuaian model kendiri kewangan dan rasuah sebagai pembolehubah dalam konteks cukai tidak langsung.

Item Type: Thesis (DBA)
Supervisor : Bidin, Zainol
Item ID: 5369
Uncontrolled Keywords: Import tax, forwarding agent, tax law, corruption, enforcement
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > HJ4771.6 Income Tax. Tax Returns.
Divisions: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Date Deposited: 31 Dec 2015 08:00
Last Modified: 29 Mar 2021 09:49
Department: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Name: Bidin, Zainol
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/5369

Actions (login required)

View Item
View Item