UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Orientasi Pemasaran di dalam Organisasi Kerajaan yang Menuju ke Arah Pengswastaan: Kajian ke Atas Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Abdul Halim, Yaakub (1994) Orientasi Pemasaran di dalam Organisasi Kerajaan yang Menuju ke Arah Pengswastaan: Kajian ke Atas Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of ABDUL_HALIM_BIN_YAAKUB.pdf] PDF
ABDUL_HALIM_BIN_YAAKUB.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of ABDUL_HALIM_YAAKUB_1994.pdf]
Preview
PDF
ABDUL_HALIM_YAAKUB_1994.pdf

Download (139kB) | Preview

Abstract

Konsep pemasaran adalah merupakan tulang belakang kepada teori dan amalan pemasaran. Di sektor swasta, konsep ini telah diterima sebagai salah satu faktor penting yang mempengaruhi dayasaing dan prestasi sesebuah syarikat. Di sektor Kerajaan pula, konsep ini kurang mendapat sambutan disebabkan oleh salah faham pihak pengurusan dan kakitangan secara keseluruhannya. Kajian orientasi pemasaran ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap orientasi pemasaran di organisasi Kerajaan yang sedang menuju ke arah pengswastaan, dan perhubungannya dengan faktor dayasaing, faktor strategik dan faktor organisasi (struktur). Sampel kajian ini terdiri dari 135 orang kakitangan kumpulan sokongan dan 49 orang kakitangan kumpulan pengurusan dari 11 buah pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri-Negeri di semenanjung Malaysia. Data-data dipungut melalui pos menggunakan dua set borang soalselidik. Sebanyak 10 hipotesis telah dibangunkan untuk kajian ini. Analisa regrasi telah digunakan untuk menguji semua hipotesis tersebut. Daripada ujian statistik, penemuan kajian ini menunjukkan hanya 3 hipotesis sahaja yang mempunyai
perhubungan yang bererti (diterima) iaitu mengenai angkubah komitmen kakitangan terhadap organisasi, tahap pengambilan risiko dan tahap tunjuk ajar oleh pengurusan atasan. Manakala 6 hipotesis yang tidak mempunyai perhubungan yang bererti (ditolak) ialah mengenai angkubah kepuasan kerja
kakitangan, tahap “optimization”, tahap “organicity”, saiz organisasi
(pejabat), sistem kawalan dan sistem maklumat organisasi dan tahap latihan mengenai pemasaran. Hasil kajian ini juga menunjukkan tahap orientasi pemasaran di JPPH adalah pada tahap yang rendah. Penemuan ini juga telah dibincangkan dengan penemuan daripada kajian-kajian yang lepas.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 597
Uncontrolled Keywords: Marketing, Public Sector, Privatisation
Subjects: J Political Science > JF Political institutions (General)
Divisions: Faculty and School System > Sekolah Siswazah
Date Deposited: 31 Oct 2009 01:53
Last Modified: 24 Jul 2013 12:08
Department: Graduate School
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/597

Actions (login required)

View Item
View Item