UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Orientasi Sikap Keusahawanan di Kalangan Pelajar Politeknik di Malaysia

Baharu, Kemat (1994) Orientasi Sikap Keusahawanan di Kalangan Pelajar Politeknik di Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Baharu_Kemat.pdf]
Preview
Text
Baharu_Kemat.pdf - Submitted Version

Download (3MB) | Preview
[thumbnail of Baharu_Kemat_94.pdf]
Preview
Text
Baharu_Kemat_94.pdf

Download (307kB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ialah untuk mengetahui orientasi sikap keusahawanan di kalangan pelajar politeknik di Malaysia serta mengenal pasti hubungan faktor demografi, latar belakang pendidikan, pengalaman responden, pendidikan
ibubapa dan pekerjaan dengan orientasi sikap keusahawanan. Dalam konteks ini, masyarakat telah memberikan harapan yang tinggi kepada politeknik sebagai satu dari institusi pengajian yang utama untuk mengembangkan keusahawanan di
kalangan pelajar. Isu mengenai sikap pelajar politeknik terhadap bidang keusahawanan telah mendapat perhatian di kalangan pendidik dan kerajaan. Untuk memahami dengan lebih jelas mengenai faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
orientasi sikap keusahawanan maka satu model pembentukan orientasi sikap keusahawanan telah dicadangkan. Dalam kajian ini instrumen ujian orientasi sikap keusahawanan dan soalselidik mengenai demografi responden telah digunakan. Kajian ini dibuat ke atas pelajar tahun akhir di enam buah politeknik di Malaysia. Walaupun pelajar dari keturunan Cina telah dikatakan mempunyai sikap keusahawanan yang tinggi kerana latar belakang keluarga, kajian ini tidak
mendapati bahawa pelajar-pelajar dari keturunan Cina mempunyai orientasi sikap keusahawanan yang tinggi. Penemuan kajian ini telah memperlihatkan bahawa pelajar wanita, pelajar berasal dari kampung, anak petani dan pengalaman mengendalikan akaun adalah kumpulan pelajar yang mempunyai sikap keusahawanan yang tinggi. Mengenai hubungan di antara gred mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan orientasi sikap keusahawanan pelajar,
kajian ini mendapati bahawa gred mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik Tambahan mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap keusahawanan yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 613
Uncontrolled Keywords: Entrepreneurship, Attitudes, Students of Polytechnic, Case Studies, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
Divisions: Faculty and School System > Sekolah Siswazah
Date Deposited: 31 Oct 2009 02:35
Last Modified: 09 Aug 2022 01:50
Department: Graduate School
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/613

Actions (login required)

View Item
View Item