UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Sistem Pengangkutan Bas Satu Kajian Kes : Perkhidmatan Bas dalam Kampus Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah Darul Aman

Maimon, Hj. Mustapa (1994) Sistem Pengangkutan Bas Satu Kajian Kes : Perkhidmatan Bas dalam Kampus Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah Darul Aman. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of MAIMON_HJ._MUSTAPA.pdf] PDF
MAIMON_HJ._MUSTAPA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy
[thumbnail of MAIMON_MUSTAPA_94.pdf]
Preview
PDF
MAIMON_MUSTAPA_94.pdf

Download (131kB) | Preview

Abstract

Rungutan dan keluhan pengguna-pengguna perkhidmatan pengangkutan bas dalam kampus seringkali terdengar justeru ketidakcekapan dan ketidakberkesanan pihak yang mengendalikan operasi bas berkenaan. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi menilai keberkesanan sistem pengangkutan bas dalam kampus Universiti Utara Malaysia dari segi kualiti perkhidmatannya. Pembolehubah bersandar di dalam
kajian ini ialah kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan bas dalam kampus, manakala pembolehubah-pembolehubah penentu yang dipertimbangkan ialah masa
menunggu bas, kekerapan penggunaan bas, keselesaan dan kemudahan bas, maklumat mengenai jadual perjalanan bas dan sikap pemandu-pemandu bas. Keadah pengumpulan data diperolehi melalui pengagihan soalselidik. 409 orang
pelajar iaitu lebih kurang 5 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar Universiti Utara Malaysia (termasuk pelajar-pelajar Matrikulasi) telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan secara sistematik. Ujian korelasi dan analisa regresi berganda telah digunakan bagi menganalisa data untuk menguji beberapa hipotesis yang berkenaan.
Hasil kajian telah menunjukkan 27 peratus dari varians di dalam kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan bas telah dijelaskan oleh kelima-lima pembolehubah penentu yang berkaitan. Masa menunggu bas dan maklumat mengenai jadual perjalanan bas merupakan pembolehubah-pembolehubah yang paling signifikan di dalam meramalkan tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan bas dalam kampus. Hasil kajian juga menunjukkan tahap kepuasan,
masa menunggu bas, keselesaan dan kemudahan bas, jadual perjalanan bas dan sikap pemandu-pemandu bas adalah saling berhubungan di antara satu dengan yang lain. Beberapa cadangan telah disarankan bagi memperbaiki dan meningkatkan
keberkesanan kualiti perkhidmatan bas dalam kampus. Antaranya termasuk:
1. Menyediakan satu model jadual perjalanan bas yang bersesuaian dengan persekitaran di dalam kampus dan boleh mewujudkan kompromi di antara
keselesaan penumpang dan kos perkhidmatan.

2. Mempamerkan jadual perjalanan has di tempat-tempat yang strategik.

3. Memperbaiki penjadualan bas, penjadualan pemandu-pemandu bas dan penjadualan penyenggaraan bas bagi meningkatkan kepuasan pemandupemandu
bas.

4. Memperbaiki rangkaian laluan bas ke tahap yang optima; dan

5. Para pelajar hendaklah lebih berdisiplin dan jangan suka mengulangi perbuatan menaiki bas pada saat-saat terakhir waktu kuliah akan dimulakan.

Kaedah penyediaan jadual perjalanan bas telah dikemukakan secara terperinci di dalam laporan kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 616
Uncontrolled Keywords: Public Transportation System, Buses, Case Studies, Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: Faculty and School System > Sekolah Siswazah
Date Deposited: 31 Oct 2009 02:52
Last Modified: 24 Jul 2013 12:08
Department: Graduate School
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/616

Actions (login required)

View Item
View Item