UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Penswastaan: Kajian Kes di Unit Kesihatan Pelajar, Universiti Utara Malaysia

Maimunah, Wasli (1993) Penswastaan: Kajian Kes di Unit Kesihatan Pelajar, Universiti Utara Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of MAIMUNAH_WASLI.pdf]
Preview
Text
MAIMUNAH_WASLI.pdf

Download (2MB) | Preview
[thumbnail of Penswastaan_Maimunah_Wasli.pdf]
Preview
Text
Penswastaan_Maimunah_Wasli.pdf

Download (909kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat konsep penswastaan Unit Kesihatan Pelajar (UKP), Universiti Utara Malaysia. Bagi tujuan penyelidikan ini, tiga bentuk analisis dilakukan iaitu analisis keberkesanan kos, analisis kepekaan dan analisis faktor yang mempengaruhi kehendak dan keperluan pelajar-pelajar UUM terhadap entiti rawatan perubatan. Analisis keberkesanan kos memerlukan penyelidikan faktor-faktor kos penyediaan perkhidmatan UKP, kos penggunaan dan kos kakitangan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan. Nisbah kos perkhidmatan pengeluaran awam UKP adalah 0.64, dan bolehlah dirumuskan bahawa pengeluaran perkhidmatan kesihatan yang dibekalkan oleh UKP kurang keberkesanan kos.
Analisis kepekaan mengkaji kos perkhidmatan swasta daripada sudut ekonomi melalui keberkesanan kos. Nisbah keberkesanan kos untuk dua klinik swasta yang dikaji adalah 1.08 untuk ’Pembekal Satu’ dan 1.19 untuk Klinik Won. Dapatlah dirumuskan bahawa pengeluaran swasta adalah lebih kos efektif dari pengeluaran UKP. Analisis faktor yang mempengaruhi kehendak dan keperluan memerlukan borang soalselidik diedar kepada 19 1 responden, yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Dua dan Tiga. Di dalam memilih entiti rawatan perubatan, pelajar-pelajar UUM bersetuju bahawa reputasi, kualiti dan bidang-bidang khusus perkhidmatan dan kebersihan, penampilan dan susunatur
atau perhiasan entiti rawatan perubatan sangat penting dalam mempengaruhi pilihan mereka. Faktor lokasi, sikap kakitangan dan kos perkhidmatan kurang mempengaruhi pilihan pelajar-peiajar UUM terhadap entiti rawatan perubatan.
Kesimpulannya, kos pengeluaran swasta adalah lebih keberkesanan kos dari pengeluaran awam, UKP. Jelaslah penswastaan adalah cara yang lebih berkesan bagi membekalkan rawatan perubatan kesihatan UKP. Di dalam mencapai sesuatu keputusan untuk penswastaan UKP, adalah diharap penggubal dasar mengambil perhatian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kehendak dan keperluan pelajar-pelajar terhadap sesebuah entiti rawatan perubatan.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 619
Uncontrolled Keywords: Privatization, Healthcare, Case Studies, Unit Kesihatan Pelajar (UKP), Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD3611-4730.9 Industrial Policy. The state and industrial
Divisions: Faculty and School System > Sekolah Siswazah
Date Deposited: 31 Oct 2009 02:24
Last Modified: 01 Jun 2022 08:02
Department: Sekolah Siswazah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/619

Actions (login required)

View Item
View Item