UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kekerapan Menggunakan Amalan-Amalan Komunikasi Kepengurusan di Kalangan Pegawai-Pegawai Pengurusan dan Profesional Negeri Melaka

Syd Abdul Rahman, Syd Zin (1994) Kekerapan Menggunakan Amalan-Amalan Komunikasi Kepengurusan di Kalangan Pegawai-Pegawai Pengurusan dan Profesional Negeri Melaka. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
SYD_ABDUL_RAHMAN_BIN_SYD_ZIN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)
[img] PDF
SYD_ABDUL_RAHMAN_SYD_ZIN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (809kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk; (1) mangenalpasti kekerapan menggunakan amalan komunikasi kepengurusan di kalangan pegawai-pegawai pengurusan dan professional negeri Melaka; (2) mengenalpasti hubungan antara kekerapan menggunakan amalan komunikasi kepengurusan di kalangan pegawai-pegawai pengurusan dan professional negeri Melaka dengan pendedahan terhadap media massa, pengaruh persekitaran organisasi dan ciri peribadi (jantina, umur dan pengalaman). Sebanyak 106 soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pegawai-pegawai pengurusan dan profesional negeri Melaka. Dari jumlah tersebut seramai 98 orang telah memberikan kerjasama / dengan menjawab soaI selidik tersebut. Data yang diperolehi secara umumnya dianalisis dengan statistik deskriptif. Penganalisisan juga dilakukan dengan menggunakan kaedah korelasi ‘Pearson Product Moment' dan t-test. Hasil kajian secara umumnya menunjukkan bahawa kekerapan mcnggunakan amalan komunikasi kepengurusan pegawai pengurusan dan profesional negeri Melaka bcrada pada aras kekerapan yang tinggi. Ini bermakna responden mengamalkan komunikasi dengan meluas semasa menjalankan tugasan pengurusan di dalam organisasi. Di samping itu, terdapat hubungan yang positif antara kekerapan menggunakan amalan komunikasi kepengurusan dengan pendedahan terhadap media massa, pengaruh persekitaran organisasi dan kesesuaian menggunakan media bagi menyampaikan mesej dalam organisasi. Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang positif antara kekerapan menggunakan amalan komunikasi kepengurusan responden dengan umur dan pengalaman. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan menggunakan amalan komunikasi kepengurusan dcngan jantina. Ini bermakna pendedahan terhadap media massa, pengaruh persekitaran organisasi dan kesesuaian menggunakan media bagi menyampaikan mesej dalam organisasi mempunyai kaitan dengan kekerapan menggunakan amalan komunikasi kepengurusan responden. Daripada keputusan yang diperolehi, adalah dicadangkan supaya pegawai pengurusan dan profesional negeri Melaka mempertingkatkan diri untuk menambah ilmu berkaitan dengan pengurusan organisasi melalui pembacaan, pendedahan terhadap media elektronik serta menghadiri kursus mengenai komunikasi dan pengurusan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Managerial Communication, Managerial and Professional Staff, Malacca
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD28-70 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty and School System > Sekolah Siswazah
Depositing User: Ms Nur Farihah Fadzil
Date Deposited: 01 Nov 2009 07:02
Last Modified: 24 Jul 2013 12:08
URI: http://etd.uum.edu.my/id/eprint/651

Actions (login required)

View Item View Item