UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan di Antara Kebimbangan dan Komitmen Organisasi: Satu Kajian Terhadap Kakitangan Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan, Universiti Utara Malaysia.

Mohammad Taufiq, Othman (2006) Hubungan di Antara Kebimbangan dan Komitmen Organisasi: Satu Kajian Terhadap Kakitangan Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan, Universiti Utara Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of mohammad_taufiq.pdf] PDF
mohammad_taufiq.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Satu usaha telah dilakukan oleh pihak atasan organsasi untuk memperkenalkan dasar penswastaan. Pengenalan dasar ini sikit sebanyak telah menimbulkan kebimbangan di kalangan kakitangan di Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) iaitu di mana sebahagian besar unit-unit di jabatan ini telah dipindahkan ke dalam pentadbiran dan pengurusan Uniutarna Property Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat Uniutama Management Holdings Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh Universiti Utara Malaysia. Secara tidak langsung kajian ini cuba mencari kesinambungan di antara kebimbangan yang dialami oleh kakitangan tersebut dengan komitmen terhadap organisasi mereka sekarang. Justeru itu kajian ini dilakukan dengan menetapkan tiga objektif iaitu untuk mengenalpasti
samada ada hubungan di antara kebimbangan dan komitmen organisasi; untuk mengenalpasti hubungan di antara kebimbangan keadaan (stateanxiety) dengan komitmen organisasi; dan untuk mengenalpasti hubungan diantara kebimbangan sifat (trait-anxiety) dengan komitmen organisasi. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji telah menjalankan kajian secara populasi yang melibatkan 140 orang responden. Instrumen Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) oleh Mowday et al. (1974) digunakan
bagi mengukur komitmen organisasi dan instrumen State-Trait Anxiety (STAI) oleh Spielberger (1969) pula untuk mengesan kebimbangan keadaan (state-anxiety) dan kebimbangan sifat (trait-anxiety). Hasil daripada kajian
ini mendapati hubungan songsang yang signifikan di antara kebimbangan keadaan dengan komitmen organisasi dan hubungan songsang yang signifikan di antara kebimbangan sifat dengan komitmen organisasi. Kajian ini mencadangkan pihak pengurusan memberikan penjelasan terperinci
tentang dasar penswastaan dan mementingkan kebajikan, keselesaan dan komitmen, pekerja; dan tahap kepercayaan dan bebanan tugas pekerja perlu diambilkira untuk meningkatkan komitmen pekerja.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 78
Uncontrolled Keywords: Organizational Commitment, Development Staff, Private Sector, Private Organization
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Business (COB)
Date Deposited: 18 Jun 2009 03:59
Last Modified: 24 Jul 2013 12:05
Department: Faculty of Business Management
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/78

Actions (login required)

View Item
View Item