UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Ekspektasi pengadu terhadap keberkesanan Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Perlis

Kaneson, Maganathan (2022) Ekspektasi pengadu terhadap keberkesanan Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Perlis. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to deposit-823671.pdf] Text
permission to deposit-823671.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (173kB) | Request a copy
[thumbnail of s823671_01.pdf] Text
s823671_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan sebuah organisasi penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dan keselamatan di negara ini. Kewibawaan dan komitmen pegawai-pegawai PDRM kini dipersoalkan ekoran terdapat banyak aduan diterima berkaitan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap perkhidmatan kaunter di balai-balai polis. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap penyediaan perkhidmatan kaunter, aduan, pengurusan kaunter dan penyampaian maklumat di Balai Polis Kangar, Perlis, di samping mengenalpasti hubungan antara keberkesanan perkhidmatan kaunter terhadap kepuasan pelanggan. Kajian ini mengaplikasi kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian rintis Cronbach Alpha. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan yang melibatkan 99 orang responden. Hasil kajian mendapati min bagi faktor kepuasan pelanggan menunjukkan bahawa kebanyakan responden sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kaunter yang disediakan oleh pihak PDRM. Hasil ujian regresi mendapati faktor penyampaian maklumat dan komunikasi, aduan, serta pengurusan kaunter mempunyai kesan positif terhadap kepuasan pelanggan yang berurusan di kaunter Balai Polis Kangar, Perlis. Secara umumnya, masyarakat beranggapan bahawa anggota PDRM telah melaksanakan tanggungjawab yang baik dalam membanteras kegiatan jenayah di negara ini. Justeru, kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan mampu meningkatkan kepercayaan dan kebergantungan masyarakat terhadap badan penguatkuasa seperti PDRM.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Ahmad, Za'im and Talib, Azlizan
Item ID: 10162
Uncontrolled Keywords: Polis DiRaja Malaysia, perkhidmatan kaunter, kepuasan pelanggan, aduan, pengurusan kaunter
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD58.7 Organizational Behavior.
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 18 Dec 2022 02:18
Last Modified: 18 Dec 2022 02:18
Department: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Name: Ahmad, Za'im and Talib, Azlizan
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10162

Actions (login required)

View Item
View Item