Mohamad, Nur Zaitul Akmar (2022) Penerapan kemahiran kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi dalam kerja amali stem kimia tingkatan enam. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of s826656_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826656_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 24 February 2025.
Download (2MB) | Request a copy
![[thumbnail of s826656_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826656_02.pdf
Download (743kB)
Abstract
Kajian mengenai amalan pengajaran guru terhadap penerapan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) telah banyak didokumentasikan. Namun, kajian yang sedemikian terhadap guru tingkatan enam untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih terbatas. Malah kajian terhadap
pelaksanaan kerja amali, khususnya mata pelajaran Kimia amat terhad. Kimia merupakan salah satu mata pelajaran STEM yang mampu melahirkan masyarakat yang celik Sains untuk kesejahteraan negara melalui kemahiran makmal atau amali yang berteraskan kemahiran 4K (kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi).
Sejauh mana guru mengendalikan kelas amali mempengaruhi minat pelajar untuk meneruskan bidang STEM sebagai kerjaya mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka amalan pengajaran guru Kimia tingkatan enam dalam menerapkan kemahiran 4K semasa kerja amali. Kajian ini memfokuskan kepada guru Kimia tingkatan enam di sekolah menengah kebangsaan dan kolej tingkatan enam di negeri Kedah yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan analisis dokumen, temubual dan refleksi guru. Analisis tematik menggunakan perisian Atlas.ti versi 9 dilakukan ke atas data terkumpul. Dapatan kajian menunjukkan guru melakukan perancangan dan pelaksaanaan yang teliti berkaitan
pengendalian kerja amali seperti yang disarankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Analisis kajian juga menunjukkan bahawa guru cenderung menerapkan kemahiran 4K dalam proses pelaksanaan kerja amali tetapi masih memerlukan latihan bagi meningkatkan amalan pengajaran. Guru mempamerkan amalan seperti berfikir secara luar kotak, melakukan proses penaakulan, interaksi dua hala dan semangat kebersamaan. Selain itu, empat isu yang dihadapi oleh guru juga dikenal pasti iaitu infrastruktur, masa, kewangan dan kesediaan. Implikasi kajian ini dibincangkan dalam
konteks guru dan penyelidik sendiri sebagai pembelajar sepanjang hayat dalam meningkatkan kualiti profesionalisme mereka.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Mohd Yusoff, Nurahimah and Kushairi, Norliza |
Item ID: | 10182 |
Uncontrolled Keywords: | Amalan pengajaran, Pembelajaran abad ke-21, Kemahiran 4K, Kerja amali Kimia dan Tingkatan enam |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools |
Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
Date Deposited: | 27 Dec 2022 00:54 |
Last Modified: | 27 Dec 2022 00:54 |
Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences |
Name: | Mohd Yusoff, Nurahimah and Kushairi, Norliza |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10182 |