UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kesan tukun tiruan terhadap pendapatan dan kualiti hidup Nelayan di Kedah dan Perlis

Haspinor, Teh (2020) Kesan tukun tiruan terhadap pendapatan dan kualiti hidup Nelayan di Kedah dan Perlis. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s93677_01.pdf] Text
s93677_01.pdf

Download (1MB)
[thumbnail of s93677_02.pdf] Text
s93677_02.pdf

Download (1MB)
[thumbnail of s93677_references.docx] Text
s93677_references.docx

Download (70kB)

Abstract

Tesis ini mengkaji faedah ekonomi dari projek tukun tiruan ke atas nelayan persisiran pantai di Kedah dan Perlis di Semenanjung Malaysia. Isu penangkapan ikan secara berlebihan dan kemusnahan ekosistem laut telah menyebabkan sumber perikanan negara berkurangan dan harga ikan menjadi tinggi. Di antara usaha untuk memperbaiki ekosistem ialah perlaksanaan projek tukun tiruan. Sehubungan dengan itu, kajian berkaitan kesan tukun tiruan terhadap pendapatan dan kualiti hidup nelayan perlu dilakukan untuk melihat keberkesanan projek tukun tiruan. Data kajian diperoleh hasil dari temubual dengan 322 orang nelayan persisiran pantai dari tiga kawasan nelayan, iaitu di Kuala Kedah, Pulau Langkawi dan Kuala Perlis. Borang soal selidik berstruktur telah digunakan dalam pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa tukun tiruan berkesan untuk meningkatkan tangkapan dan pendapatan kepada nelayan persisiran pantai di kawasan kajian. Didapati juga nelayan yang menggunakan bot yang lebih besar, dan kuasa enjin yang lebih tinggi mendapat hasil penangkapan ikan yang besar, menunjukkan manfaat projek tukun tiruan berbeza-beza mengikut jenis nelayan. Nelayan yang mampu melabur dalam penggunaan bot dan peralatan nelayan yang lebih baik akan mendapat manfaat yang lebih banyak dari projek tukun tiruan ini. Di samping itu, aset sosial lebih diutamakan dan mempengaruhi kualiti hidup berbanding dengan pemilikan aset kewangan. Nelayan juga mahu lokasi tukun tiruan ditandakan dengan jelas untuk memudahkan pengesanan lokasi dan mengelakkan kerosakan kepada jarring tangkapan ikan yang mereka gunakan. Agensi perikanan yang terlibat dalam program tukun tiruan perlu memastikan pembangunan tukun tiruan menghasilkan manfaat social dan ekonomi yang positif untuk komuniti nelayan tempatan melalui pengurusan sumber perikanan yang mampan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Ali, Jamal and K.V.S.N Viswanathan, K. Kuperan
Item ID: 10318
Uncontrolled Keywords: kualiti hidup, pendapatan, tukun tiruan, nelayan
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Date Deposited: 16 Feb 2023 00:43
Last Modified: 18 Oct 2023 08:02
Department: School of Economics, Finance & Banking
Name: Ali, Jamal and K.V.S.N Viswanathan, K. Kuperan
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10318

Actions (login required)

View Item
View Item