UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kesan faktor keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran terhadap kepuasan kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Jegan, Rajoo (2022) Kesan faktor keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran terhadap kepuasan kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of grant the permission_s826547.pdf] Text
grant the permission_s826547.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s826547_01.pdf] Text
s826547_01.pdf

Download (764kB)

Abstract

Faktor keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran merupakan komponen utama dalam kepuasan kerja dan penting dalam memastikan pekerja sentiasa bekerja dengan prestasi tinggi dalam pekerjaan mereka. Pekerja yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi secara tidak langsung akan menyumbang kepada kecemerlangan diri dalam organisasi dan akan meningkatkan kepuasan kerja. Peranan penting seseorang pekerja tidak dapat dinafikan terutamanya dalam kalangan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Melihat kepada peranan PDRM iaitu menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara dan rakyat, ini membuktikan organisasi ini amat memerlukan pekerja yang menjalankan tugas dengan amanah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran terhadap kepuasan kerja dalam kalangan anggota PDRM. Terdapat 3 pembolehubah tidak bersandar dipilih untuk kajian ini iaitu keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran. Kajian ini adalah kajian deskriptif dan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif, dengan soal selidik yang terdiri daripada skala Likert 5 mata sebagai instrumen kajian. Seramai 155 responden telah dipilih sebagai saiz sampel melalui kaedah persampelan bertujuan dalam kalangan anggota PDRM. Kemudian, semua data yang dikumpul telah disusun dan dianalisis menggunakan perisian SPSS yang merangkumi analisis deskriptif, analisis inferensi, korelasi dan analisis regrasi untuk menguji hipotesis. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran mempunyai korelasi yang positif dan kuat dengan kepuasan kerja. Analisis regrasi berbilang juga menunjukkan bahawa pembolehubah bebas dapat menjelaskan 52.6% daripada varians dalam kepuasan kerja dalam kalangan anggota PDRM. Ini bermakna kesemua pembolehubah ini mempengaruhi kepuasan kerja secara signifikan. Cadangan dan perbincangan masa depan juga telah dibincangkan untuk penambahbaikan pada masa hadapan oleh organisasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mohammad Noor, Mohd Rasul and Mohd Isa, Mohd Faizal
Item ID: 10453
Uncontrolled Keywords: KEADILAN, SOKONGAN PENYELIA, GANJARAN, ANGGOTA PDRM, ORGANISASI, MOTIVASI KERJA
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce.
H Social Sciences > HF Commerce. > HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 02 Apr 2023 07:06
Last Modified: 02 Apr 2023 07:06
Department: School of Business Management
Name: Mohammad Noor, Mohd Rasul and Mohd Isa, Mohd Faizal
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10453

Actions (login required)

View Item
View Item