UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian deskriptif analisis risiko kejadian kekerasan di tempat kerja dalam kalangan penolong pegawai perubatan di Hospital Melaka

Ramli, Muhamad Salehudin (2022) Kajian deskriptif analisis risiko kejadian kekerasan di tempat kerja dalam kalangan penolong pegawai perubatan di Hospital Melaka. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to use-ALLOWED.pdf] Text
permission to use-ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (332kB) | Request a copy
[thumbnail of s826626_01.pdf] Text
s826626_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kakitangan perubatan berisiko terdedah kepada kejadian kekerasan di tempat kerja berbanding kumpulan profesional yang lain. Perkhidmatan hospital merupakan kawasan paling tinggi
risiko untuk berlakunya kejadian tersebut. Objektif kajian in adalah untuk menerangkan kekerapan, faktor-faktor yang menyumbang, kesan terhadap kejadian kekerasan, faktor penyumbang terhadap pelaporan dan strategi pengawalan dan pencegahan di Hospital Melaka. Kajian telah dijalankan dari pada minggu kedua Julai 2022 sehingga Ogos 2022 menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Soalan kaji selidik telah diadaptasi dari Kumari et al.,
(2020) yang mengandungi enam bahagian. Seratus enam Penolong Pegawai Perubatan telah turut serta dalam kaji selidik ini. Kekerasan yang paling kerap berlaku adalah gangguan lisan
(93.8%) diikuti dengan keganasan fizikal (22.5%) Kekerasan di tempat kerja adalah kerap di Hospital Melaka di mana setiap responden pernah menghadapi gangguan lisan sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh setahun yang lalu. Kesesakan pesakit dan pelawat merupakan faktor yang paling banyak menyumbang kepada kekerasan di hospital. Penolong Pegawai Perubatan di gred U29 lebih kerap terdedah kepada kejadian kekerasan berbanding gred yang lain. Namun begitu kesedaran terhadap tindakan pelaporan dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan adalah baik. Bagi membendung kejadian ini dari terus berlaku, langkah cadangan seperti latihan kepada semua kakitangan perubatan adalah penting dalam memahami sifat kejadian kekerasan yang merupakan langkah awal yang berkesan untuk mengurus masalah kekerasan. Selain dari itu, perkhidmtan kauseling yang berkesan kepada mangsa kekerasan mampu membantu mereka untuk membolehkan mereka bekerja seperti
sedia kala.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Zahar, Marziah
Item ID: 10459
Uncontrolled Keywords: Kekerasan di kempat kerja, kakitangan perubatan, kekerasan fizikal, kekerasan lisan.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD4801-8943 Labor. Work. Working Class
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 06 Apr 2023 02:56
Last Modified: 06 Apr 2023 02:56
Department: School of Business Management
Name: Zahar, Marziah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10459

Actions (login required)

View Item
View Item