UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan melibatkan persekitaran pekerjaan krew kenderaan perisai tentera darat.

Md Radzi, Elias (2022) Pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan melibatkan persekitaran pekerjaan krew kenderaan perisai tentera darat. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to use-ALLOWED.pdf] Text
permission to use-ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (327kB) | Request a copy
[thumbnail of s826841_01.pdf] Text
s826841_01.pdf

Download (868kB)

Abstract

Kemalangan di tempat kerja adalah merupakan salah satu faktor penyebab kecederaan atau kematian kepada para pekerja masa kini yang mana secara amnya sektor-sektor pembinaan dan pembuatan dikategorikan sebagai penyumbang tertinggi kes kemalangan industri di Malaysia. Walaupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkecuali daripada ruang litup pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, namun kecederaan dan kematian akibat terdedahnya kepada hazard dan risiko di dalam persekitaran pekerjaan tidak mengenal apa jua sektor atau bidang tertentu. Kajian yang dilaksanakan ini akan menjurus secara mendalam berkaitan aspek pematuhan terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (K&KP) di dalam persekitaran rutin harian kerja krew kenderaan perisai, Tentera Darat (TD). Kerangka kajian ini adalah secara deskriptif dan keratan rentas. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian kuatitatif dengan melaksanakan tinjauan soal selidik serta pengumpulan data-data di Pasukan Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja (3 KAD) secara khasnya serta lain-lain pasukan TD secara amnya.
Responden adalah terdiri daripada krew kenderaan yang bertugas di 3 KAD serta lain-lain pasukan TD . Sebanyak 300 set borang soal selidik telah diedarkan bagi mendapatkan data kajian ini serta dianalisa melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 27.0 melalui analisa deskriptif dan analisa korelasi pearson. Maklum balas daripada hasil kajian secara dasarnya menunjukkan terdapat
hubungan positif yang signifikan antara latihan kompetensi, servisibiliti kenderaan, dan keselesaan krew dengan keberkesanan tadbir urus untuk mengekalkan serta meningkatkan prestasi keselamata krew di 3 KAD.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mustafa, Munawar
Item ID: 10481
Uncontrolled Keywords: Latihan Kompetensi, Servisibiliti Kenderaan, Keselesaan Krew dan Prestasi Keselamatan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD61 Risk Management
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 10 Apr 2023 01:09
Last Modified: 10 Apr 2023 01:09
Department: School Of Business Management
Name: Mustafa, Munawar
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10481

Actions (login required)

View Item
View Item