Nurul Atiqah, Abdul Hadi (2022) Perkaitan antara motivasi kerja dengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja yang bekerja dari rumah (bdr) semasa pandemik Covid 19. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
grant the permission_s828277.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s828277_01.pdf
Download (1MB)
Abstract
Konsep bekerja dari rumah merupakan salah satu cabaran yang harus dihadapi oleh majikan dan para pekerja terutama dikala Pandemik Covid 19. Faktor motivasi pekerjaan serta pengukuran prestasi pekerja adalah penting dalam mendepani dan memahami keperluan semasa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara motivasi kerja dengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja yang bekerja dari rumah semasa Pandemik Covid 19 bagi membantu organisasi melakukan penambahbaikan garis panduan berkenaan konsep bekerja dari rumah (BDR) dan memberi pendedahan kepada pekerja untuk sentiasa meningkatkan kemahiran serta motivasi diri supaya kekal relavan dengan keperluan pasaran buruh. Seramai 150 orang pekerja yang telah terlibat dengan bekerja dari rumah di kawasan Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpulkan menerusi boring soal selidik yang dijana secara atas talian dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Berdasarkan dapatan kajian, tahap motivasi pekerja berada pada tahap sederhana tinggi manakala tahap prestasi pekerja berada pada tahap yang tinggi berdasarkan penilaian kendiri. Pengujian hipotesis menunjukkan hanya satu ciri demografi iaitu sektor pekerjaan yang mempunyai perbezaan signifikan dengan prestasi kerja manakala terdapat perhubungan signifikan antara motivasi kerja dengan prestasi kerja. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi praktikal terhadap penambahbaikan yang boleh diambil oleh pihak majikan dalam memastikan organisasi mempunyai sistem pengurusan yang baik.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Supervisor : | Hassan, Zuraida |
| Item ID: | 10492 |
| Uncontrolled Keywords: | Bekerja dari rumah (BDR), ciri demografi (umur, jantina, sektor pekerjaan dan tempoh perkhidmatan), motivasi pekerjaan, prestasi pekerjaan |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce. > HF5548.7-5548.85 Industrial Psychology |
| Divisions: | School of Business Management |
| Date Deposited: | 16 Apr 2023 02:14 |
| Last Modified: | 16 Apr 2023 02:14 |
| Department: | School of Business Management |
| Name: | Hassan, Zuraida |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10492 |

