Abd Jawat, Sipun (2022) Pengetahuan dan sikap berkaitan Covid-19 terhadap amalan pencegahan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of grant the permission_s826612.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
grant the permission_s826612.pdf
Download (1MB)
![[thumbnail of s826612_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826612_01.pdf
Download (4MB)
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji pengetahuan dan sikap berkaitan COVID-19 terhadap amalan pencegahan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan (HCW). Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik digunakan dalam kajian ini. Seramai 181 orang pekerja penjagaan kesihatan (HCW) dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di Hospital Sultan Ismail Johor terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi perisian IBM SPSS Statistics dan SEM SmartPLS 3.0. Analisis diskriptif mendapati hasil kajian terhadap konstruk pengetahuan memperoleh nilai min 4.000, sikap 4.457 dan amalan 4.493. Dapatan ini menyokong untuk analisis inferensi seterusnya dilakukan. Selain itu hasil analisis inferensi dalam kajian ini juga mendapati sikap berkaitan COVID-19 mempengaruhi amalan pencegahan COVID-19 dengan nilai P ialah 0 manakala pengetahuan berkaitan COVID-19 tidak mempengaruhi amalan pencegahan COVID-19 dengan nilai P ialah 0.395. Ini mengambil kira aras kesignifikanan 0.05 (two tailed test) dengan nilai p < 0.05 adalah siginifikan dan positif. Justeru, pihak pengurusan hospital perlu memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Hal ini kerana aspek pengetahuan dilihat dapat memberi implikasi yang besar terhadap pengurusan penyakit berjangkit di hospital dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan dan juga pesakit sendiri. Dengan demikian, kajian pengetahuan dan amalan berkaitan COVID-19 dan amalan pencegahan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan perlu diperluas dan digalakkan lagi dalam pelbagai profession. Kajian seumpama ini dilihat penting untuk memberi pendedahan berkaitan kepentingan membendung wabak penyakit berjangkit daripada terus menular dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan itu sendiri dan juga kepada komuniti.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Abd Aziz, Fadzli Shah |
Item ID: | 10504 |
Uncontrolled Keywords: | pengetahuan, sikap, amalan, COVID-19, pekerja penjagaan kesihatan (HCW) |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine R Medicine > RC Internal medicine |
Divisions: | School of Business Management |
Date Deposited: | 30 Apr 2023 01:19 |
Last Modified: | 30 Apr 2023 01:19 |
Department: | School of Business Management |
Name: | Abd Aziz, Fadzli Shah |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10504 |