Ali, Kharulanuar (2022) Hubungan di antara kepuasan kerja dan stres terhadap kecekapan kerja pasukan respon ambulans (PRA) negeri Melaka. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of permission to use-ALLOW.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
permission to use-ALLOW.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (310kB) | Request a copy
![[thumbnail of s826617_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826617_01.pdf
Download (1MB)
Abstract
Perkhidmatan Pra Hospital merupakan perkhidmatan perawatan awal yang diberikan kepada pesakit yang dilakukan di luar hospital dalam situasi kecemasan untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti sebelum pesakit tiba di fasiliti kesihatan. Kajian- kajian lepas mendapati kepuasan kerja dan stres mempengaruhi kecekapan sesuatu pasukan membuat keputusan dan tindakan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kepuasan kerja dan stres mempengaruhi kecekapan Pasukan Respon Ambulans (PRA) dan secara tidak langsung akan mempengaruhi tahap perawatan yang diberikan kepada pesakit di Negeri Melaka. Bagi mencapai tujuan tersebut, penyelidik menjalankan kajian lapangan kaedah rentas retrospektif terhadap 100 responder di kalangan petugas di 3 buah hospital iaitu Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah dan 21 buah Klinik Kesihatan yang menjalankan perkhidmatan Pra Hospital di seluruh Negeri Melaka. Analisa kajian dilakukan menggunakan perisian SPSS (Versi 26) dan hasil kajian menunjukkan kepuasan dan stres mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kepuasan
kerja. Kesimpulannya, kepuasan kerja dan stres mempengaruhi kepuasan kerja PRA
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Abdullah, Nor Azimah Chew |
Item ID: | 10643 |
Uncontrolled Keywords: | kepuasan, stres dan kecekapan kerja pasukan respon ambulans |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | School of Business Management |
Date Deposited: | 26 Sep 2023 02:58 |
Last Modified: | 26 Sep 2023 02:58 |
Department: | School of Business Management |
Name: | Abdullah, Nor Azimah Chew |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10643 |