UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan di antara dimensi iklim keselamatan dengan prestasi keselamatan di pangkalan latihan pasukan gerakan udara PDRM

Rosli, Muhammad Falihin (2023) Hubungan di antara dimensi iklim keselamatan dengan prestasi keselamatan di pangkalan latihan pasukan gerakan udara PDRM. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to use-EMBARGO 12 MONTHS.pdf] Text
permission to use-EMBARGO 12 MONTHS.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (341kB) | Request a copy
[thumbnail of s827944_01.pdf] Text
s827944_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 13 July 2024.

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s827944_02.pdf] Text
s827944_02.pdf
Restricted to Repository staff only until 13 July 2024.

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Prestasi keselamatan sesebuah organisasi akan memberikan gambaran mengenai tahap keselamatan serta amalan keselamatan yang di amalkan oleh organisasi tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan dimensi iklim keselamatan iaitu komitmen pengurusan, penglibatan kakitangan, latihan keselamatan, komunikasi dan maklum balas keselamatan serta peraturan dan prosedur dengan pemboleh ubah bersandar
iaitu prestasi keselamatan bagi menilai tahap prestasi keselamatan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PLPGU PDRM), Ipoh, Perak. Sebanyak 69 borang soal selidik telah digunakan bagi mengutip data dalam kawasan kajian yang
melibatkan 69 respondan iaitu keseluruhan kakitangan PLPGU PDRM. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan “Statistical Package for Social Science’’ (SPSS) versi 28. Hasil Analisis deskriptif menunjukkan nilai min yang tinggi dalam
hubungan kedua-dua pemboleh ubah. Analisis kolerasi pula mempamerkan terdapatnya hubungan yang positif dan tinggi terhadap kesemua pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Daripada hasil kajian ini, pihak pengurusan boleh menambah baik sistem keselamatan sedia ada yang telah dipraktikkan oleh mereka sebelum ini dengan meneliti faktor-faktor yang menjadi penyumbang atau memberi kesan besar kepada prestasi keselamatan PLPGU. Selain itu, diharapkan dalam kajian-kajian yang seterusnya, skop kajian ini dapat diperluaskan lagi dengan menggunakan dimensi iklim keselamatan yang berlainan serta saiz sampel kajian yang lebih besar melibatkan sekolah sekolah penerbangan swasta yang lain dalam Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mustafa, Munauwar
Item ID: 10779
Uncontrolled Keywords: komitmen pengurusan, penglibatan kakitangan, latihan keselamatan, komunikasi dan maklum balas keselamatan, peraturan dan prosedur, prestasi Keselamatan, Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PLPGU PDRM)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55-55.3 Industrial Safety. Industrial Accident Prevention
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 26 Nov 2023 08:15
Last Modified: 26 Nov 2023 08:15
Department: School of Business Management
Name: Mustafa, Munauwar
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10779

Actions (login required)

View Item
View Item