Zambri, Zahrul Hazwan (2023) Pengaruh pengetahuan dan motivasi terhadap kepatuhan keselamatan dalam kalangan kakitangan pusat kesihatan di Melaka. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of permission to use-ALLOWED.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
permission to use-ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (360kB) | Request a copy
![[thumbnail of s826629_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826629_01.pdf
Download (1MB)
Abstract
Kepatuhan keselamatan adalah perilaku yang penting bagi mencegah kecederaan dan penyakit pekerjaan. Oleh itu, tumpuan kajian ini adalah mengenalpasti tahap kepatuhan keselamatan dalam kalangan kakitangan di sebuah Pusat Kesihatan di negeri Melaka. Seterusnya, pengaruh pembolehubah bebas iaitu pengetahuan
keselamatan dan motivasi keselamatan terhadap pembolehubah bersandar iaitu kepatuhan keselamatan yang telah ditentukan. Sebanyak 136 orang kakitangan pusat kesihatan telah mengambil bahagian dalam kajian ini dengan menjawab soal selidik. Data dikumpul melalui 19 item soal selidik pada 5 skala Likert dan 5 item adalah soalan demografi yang diadaptasi daripada kajian-kajian lalu. Data kajian dianalisis dengan menggunakan IBM SPSS Versi 26. Analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) serta inferensi (korelasi dan regresi berganda) dilaksanakan ke atas data-data kajian.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kepatuhan keselamatan dalam kalangan staff di pusat kesihatan tersebut adalah tinggi. Seterusnya, dapatan kajian mengesahkan bahawa pengetahuan keselamatan dan motivasi keselamatan mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan dengan kepatuhan keselamatan. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada akademia dengan menyediakan rujukan emperikal daripada keputusan kajian. Selain itu, hasil kajian ini dapat menjadi rujukan
kepada pihak pengurusan dan juga pengamal bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam merangka program-program untuk memastikan kepatuhan keselamatan di tempat kerja.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Zulkifly, Syazwan Syah and Harith, Siti Hawa |
Item ID: | 10800 |
Uncontrolled Keywords: | Kepatuhan Keselamatan, Pengetahuan Keselamatan, Motivasi Keselamatan, Pusat Kesihatan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD4801-8943 Labor. Work. Working Class |
Divisions: | School of Business Management |
Date Deposited: | 10 Dec 2023 01:39 |
Last Modified: | 10 Dec 2023 01:39 |
Department: | School Of Business Management |
Name: | Zulkifly, Syazwan Syah and Harith, Siti Hawa |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10800 |