UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan antara ganjaran, kecerdasan emosi dan niat meninggalkan organisasi dalam industri perbankan di Malaysia

Muhammad Sufian Sawari, Syahirah (2023) Hubungan antara ganjaran, kecerdasan emosi dan niat meninggalkan organisasi dalam industri perbankan di Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to use-ALLOWED.pdf] Text
permission to use-ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (377kB) | Request a copy
[thumbnail of s822471_01.pdf] Text
s822471_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan antara ganjaran, kecerdasan emosi dan niat meninggalkan organisasi dalam kalangan pekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Kajian dimulakan dengan kajian literatur untuk memahami perkaitan antara ganjaran dan kecerdasan emosi dengan niat meninggalkan organisasi. Oleh itu, satu instrumen untuk mengukur perhubungan antara ganjaran, kecerdasan emosi dan niat meninggalkan organisasi ditentukan. Kajian kuantitatif ini menggunakan soalselidik untuk mengumpulkan data dari pekerja di Bank XYZ berdasarkan pensampelan rawak
berstrata. Data yang dikumpulkan dianalisa menggunakan statistik deskriptif, analisis korelasi dan analisis regresi pelbagai melalui SPSS versi 26. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang negatif antara ganjaran dengan niat meninggalkan organisasi. Manakala terdapat hubungan positif antara kecerdasan emosi dengan niat meninggalkan organisasi. Selain itu, analisis regresi pelbagai menunjukkan ganjaran dan kecerdasan emosi hanya sedikit mempengaruhi ke atas niat meninggalkan
organisasi. Hasil kajian ini sangat penting kepada pengurusan di Bank XYZ kerana maklumat yang diperolehi dapat membantu menetapkan strategi yang bersesuaian untuk memastikan kadar hasrat untuk meninggalkan organisasi dalam kalangan pekerja adalah rendah yang mana dapat mengurangkan gangguan dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat perniagaan

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Bin Mohammad Noor, Mohd Rasul and Haji Azizan, Norizan
Item ID: 10801
Uncontrolled Keywords: ganjaran, kecerdasan emosi, niat meninggalkan organisasi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD4801-8943 Labor. Work. Working Class
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 10 Dec 2023 01:56
Last Modified: 10 Dec 2023 01:56
Department: School Of Business Management
Name: Bin Mohammad Noor, Mohd Rasul and Haji Azizan, Norizan
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10801

Actions (login required)

View Item
View Item