UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Transformasi berkesan penugasan aksem: Kajian kes di sempadan Rantau Panjang – Sungai Golok tahun 2010-2018

Shuhaidi, Saidon (2023) Transformasi berkesan penugasan aksem: Kajian kes di sempadan Rantau Panjang – Sungai Golok tahun 2010-2018. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of deposit permission.pdf] Text
deposit permission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s823761_01.pdf] Text
s823761_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 11 October 2026.

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kedaulatan negara, khususnya di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, seringkali diancam dengan pelbagai aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. Senario ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan negara dan kesejahteraan ekonomi, tetapi juga menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan rombakan terhadap institusi kawalan sempadan negara. Pada 24 Mei 2016, kerajaan telah menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dengan menaik taraf Unit Pencegah Penyeludupan (UPP). Tujuan penubuhannya adalah sebagai pusat penyelarasan yang menggabungkan kerjasama agensi-agensi kawalansempadan yang lain, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Walau bagaimanapun, timbul persoalan sama ada rombakan ini boleh membawa risiko yang mengurangkan keberkesanan pengurusan keselamatan sempadan. Persoalan ini pastinya dapat dterjemahkan dalam kajian kes di sepanjang sempadan sungai jajahan Rantau Panjang sehingga ke Sungai Golok di mana aktivit jenayah rentas sempadan sering dilaporkan berlaku. Kajian ini mengkaji keberkesanan AKSEM sebagai sebahagian proses dan evolusi transformasi dasar kerajaan dalam membendung aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di Rantau Panjang- Sungai Golok. Kajian kualitatif ini melibatkan pengumpulan data primer dan sekunder yang diperolehi melalui temu bual dan Focus Group Discussion melibatkan pegawai dan anggota AKSEM, serta ketua dan anggota penyeludup. Manakala, data sekunder diperolehi daripada buku, artikel jurnal, tesis, keratan akhbar dan laporan. Analisis kajian yang dijalankan mendapati penubuhan AKSEM menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), melibatkan kerjasama pelbagai agensi semasa operasi, dengan anggota daripada setiap agensi dilengkapi dengan kuasa perundangan masing-masing ketika menjalankan operasi. Namun begitu, PDRM mendominasi AKSEM kerana peruntukan undang-undang yang lebih luas dalam Akta PDRM berbanding dengan bidang kuasa agensi penguatkuasaan yang lain. Kemudahan dan peralatan yang disediakan untuk AKSEM masih lagi tidak mencukupi, khususnya dari segi teknologi komunikasi. Justeru, transformasi pengurusan keselamatan sempadan ini mengikut pendekatan incremental, bermula dengan penubuhan AKSEM dahulu dan seterusnya menyesuaikannya dengan perubahan persekitaran. Hal ini berlaku kerana kerajaan menghadapi kekangan masa dalam menjalankan kajian yang lebih menyeluruh sebelum melaksanakan AKSEM, dan ini menimbulkan risiko kepada system sedia ada.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Yaacob, Che Mohd Aziz
Item ID: 11059
Uncontrolled Keywords: Penyeludupan, Kawalan Keselamatan Sempadan, AKSEM, National Blue Ocean Strategy (NBOS)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD58.7 Organizational Behavior.
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 20 Mar 2024 00:08
Last Modified: 20 Mar 2024 00:08
Department: Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment
Name: Yaacob, Che Mohd Aziz
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11059

Actions (login required)

View Item
View Item