UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah

Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin (2023) Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission-s903544.pdf] Text
depositpermission-s903544.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s903544_01.pdf] Text
s903544_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of s903544_02.pdf] Text
s903544_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (758kB) | Request a copy

Abstract

Pertambahan penduduk, pengembangan penempatan, sumber air mentah yang semakin berkurangan dan ekonomi komersil yang berkembang pesat telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk bekalan air terawat, walhal bekalan yang mampu ditawarkan adalah terhad. Justeru, objektif kajian meneliti campur tangan politik dan kesannya ke atas profesionalisme dalam pengurusan serta khidmat pengguna di dalam Syarikat Air Darul Aman (SADA) di negeri Kedah. Kajian ini melibatkan analisis kes tunggal yang menggunakan kedua-dua metodologi kualitatif dan kuantitatif. Ia merangkumi lima kaedah penyiasatan iaitu penyelidikan perpustakaan, tinjauan ke atas 200 pelanggan SADA yang dipilih secara rawak, analisis dokumen, penyertaan pemerhatian aktif, dan temu bual bersemuka. Temu bual melibatkan 22 informan, terdiri daripada 14 pegawai kanan SADA dan lapan ahli politik Kedah. Dapatan kajian merumuskan campur tangan politik dalam pengurusan SADA berpunca dari beberapa sebab. Pertama, penguasaan monopoli ahli politik di dalam rangka ke struktur organisasi SADA mempunyai implikasi yang mendalam. Hubungan yang erat antara ahli politik dan pengurusan atasan mempengaruhi pembuatan and perlaksanaan dasar dan operasi harian syarikat. Kuasa luas yang dimiliki oleh pihak pengurusan tertinggi hasil naungan politik turut membuka ruang untuk salah laku. Campur tangan politik turut berlaku apabila ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen bukan sahaja menyuarakan kebimbangan pengundi berkaitan isu bekalan air terawat, tetapi juga berusaha mendapatkan sokongan orang ramai dengan mempolitikkan pengurusan bekalan air itu. Penyelidikan ini mengambil kira kepentingan dalam meningkatkan kesedaran mengenai usaha pihak pengurusan untuk memastikan pengurusan bekalan air yang cekap dan mapan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan pendekatan sinergi multidimensi, merangkumi penerokaan sumber air mentah, penggunaan air kitar semula, penstrukturan semula hierarki pentadbiran, pengukuhan langkah keselamatan air, strategi pengedaran yang sistematik, dan penyampaian perkhidmatan pengguna yang berkesan. Hasil kajian menyediakan kerangka model untuk mengubah SADA menjadi entiti profesional yang mementingkan pengguna dengan mengurangkan atau meminggirkan pengaruh politik. Rangka kerja ini berfungsi sebagai rujukan dan inisiatif strategik masa hadapan dengan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, pengurusan tertinggi yang berwibawa, menyediakan autonomi dalam rancangan perniagaan, penetapan kadar tarif yang mencerminkan realiti semasa, mengawal aspek kewangan, modal operasi dan memberikan kebebasan untuk menetapkan dasar.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Othman, Muhammad Fuad and Shukri, Shazwanis
Item ID: 11064
Uncontrolled Keywords: Campur Tangan Politik, SADA, Pengurusan Bekalan Air, Kedah, Air Mentah.
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 23 Mar 2024 23:53
Last Modified: 23 Mar 2024 23:53
Department: College of Law, Government and International Studies
Name: Othman, Muhammad Fuad and Shukri, Shazwanis
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11064

Actions (login required)

View Item
View Item