Azizi, Azizan (2023) Impak Penglibatan Politik dan Kerja Sosial Yang Berhormat Tuan Azizan bin Sulaiman Dalam Pembangunan di Negeri Perlis 2015-2020. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of deposit permission-826715.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
deposit permission-826715.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
![[thumbnail of s826715_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826715_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
![[thumbnail of s826715_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826715_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
Abstract
Aspirasi Malaysia menuju wawasan 2020 sering diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat Malaysia telah ditanam dengan visi ini, tidak kira samada dikalangan pemimpin mahupun yang dipimpin. Namun, persoalan yang timbul adalah: adakah rakyat Malaysia sedar bagaimana hendak mengisi Wawasan 2020 ini? Ia bukan sekadar retorik, slogan atau kata-kata semangat tetapi ia harus dilaksanakan dengan tindakan. Peranan yang besar perlu dimainkan oleh semua pihak dengan mengambil contoh daripada konsep yang berjaya sebelum ini termasuk dasar-dasar baik yang dibuat oleh pemimpin negara. Semuanya inklusif merentasi sempadan agama dan kaum, serta mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama sebagai satu keluarga. Kita juga yakin serta percaya dengan kepimpinan yang berkualiti oleh Yang Berhormat Tuan Azizan bin Sulaiman. Pengisian bermanfaat wawasan 2020 ini akan dapat dicapai melalui usaha yang sama-sama dilakukan dengan semua lapisan masyarakat dalam pelbagai bidang seperti politik dan kerja sosial. Penglibatan aktif dalam kerja sosial dan juga bidang politik sama ada secara langsung ataupun tidak, dilihat akan dapat membantu mencapai tujuan ini. Dalam memastikan kejayaan untuk mencapai wawasan 2020 ini kajian ini akan menilai kesan kepimpinan Yang Berhormat Tuan Azizan bin Sulaiman terhadap masyarakat pelbagai lapisan melalui kerja sosial serta politik di negeri Perlis sekaligus mampu untuk membangunkan negeri Perlis. Hasil kajian ini akan menyumbang kepada pembangunan negeri Perlis dan seterusnya Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif termasuk tinjauan dan juga temubual. Kajian ini akan dilakukan secara ’neutral’ iaitu tanpa memihak kepada mana-mana organisasi politik atau sosial.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Khamis, Kamarul Azman and Mohd Udin, Mashitah |
Item ID: | 11071 |
Uncontrolled Keywords: | Pembangunan Negeri Dan Negara, Kerja Sosial, Survival Politik |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies (COLGIS) |
Date Deposited: | 23 Mar 2024 23:54 |
Last Modified: | 23 Mar 2024 23:54 |
Department: | College of Law, Government and International Studies |
Name: | Khamis, Kamarul Azman and Mohd Udin, Mashitah |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11071 |