UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Analisis Kemudahancaman Dalam Kalangan Pekebun Kecil Getah Di Kedah, Malaysia

Nur Hikmah, Zulhaid (2022) Analisis Kemudahancaman Dalam Kalangan Pekebun Kecil Getah Di Kedah, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s93817_01.pdf] Text
s93817_01.pdf

Download (3MB)

Abstract

Perubahan musim merupakan salah satu faktor utama kemudahancaman yang berkait rapat dengan aktiviti penorehan getah di Malaysia khususnya di negeri Kedah. Perubahan suhu dan taburan hujan yang melampau merupakan antara punca kepada pengeluaran dan harga getah yang tidak menentu. Hal ini secara tidak langsung Memberi kesan negatif kepada kehidupan pekebun kecil getah khususnya peningkatan tahap kemudahancaman. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengkaji konteks kemudahancaman yang dihadapi oleh pekebun kecil getah di negeri Kedah akibat daripada faktor kepelbagaian cuaca. Tinjauan bersemuka terhadap 381 pekebun kecil Getah di empat buah daerah di negeri Kedah telah dijalankan menggunakan kaedah persampelan berstrata. Penggunaan Indeks kemudahancaman kehidupan (LVI) yang berteraskan tiga dimensi utama Intergovernmental Panel Climate Change (IPCC) iaitu pendedahan, sensitiviti dan kapasiti adaptif digunakan bagi menganalisis tahap kemudahancaman pekebun kecil getah. Dapatan kajian menunjukkan pekebun kecil di Daerah Pendang lebih mudah terancam disebabkan tahap pendedahan kepada kepelbagaian cuaca yang lebih tinggi berbanding daerah-daerah lain. Kebanyakan pekebun kecil memilih untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi sama ada aktiviti pertanian mahupun bukan pertanian sebagai strategi meminimakan kesan emudahancaman, di samping meningkatkan jumlah pendapatan mereka. Faktor seperti tanggungan ahli keluarga, tempoh pengalaman, jumlah pendapatan, amalan teknologi, saiz tanah, bantuan luar dan jantina sangat mempengaruhi pekebun kecil getah dalam memilih aktiviti yang ingin dilakukan. Selain itu, strategi sampingan dan aset fizikal merupakan antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi tahap kesejahteraan hidup pekebun kecil getah. Oleh yang demikian, polisi kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil getah seharusnya memfokus kepada faktorfaktor yang mempengaruhi keadaan kemudahancaman kehidupan mereka. Pengenalan dan penyampaian teknologi penanaman dan penorehan getah perlu mengambilkira keperluan dan kemampuan pekebun kecil bagi menjamin kelestarian jangka panjang. Selain itu, penambahbaikan dalam aset kewangan melalui skim tabung pinjaman pekebun kecil juga mampu menggalakkan mereka mengamalkan teknologi penanaman moden yang boleh membantu untuk meminimakan kesan pendedahan terhadap keadaan kemudahancaman.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Kamaruddin, Roslina and Ahmad, Siti Aznor
Item ID: 11153
Uncontrolled Keywords: Kemudahancaman, cuaca, sensitiviti, kapasiti adaptif, pekebun kecil getah
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Date Deposited: 10 Jun 2024 02:33
Last Modified: 10 Jun 2024 02:33
Department: School of Economics, Finance and Banking
Name: Kamaruddin, Roslina and Ahmad, Siti Aznor
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11153

Actions (login required)

View Item
View Item