Wan Norwira, Wan Hamzah (2023) Kerelevanan parti berasaskan kaum kepada pengundi muda : Kajian kes di Dun N.16 Kubang Rotan dalam Pru 14. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of depositpermission.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
![[thumbnail of s828198_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s828198_01.pdf
Download (2MB)
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi menilai kerelevanan parti berasaskan perkauman di kalangan pengundi muda masa kini di DUN N.16 Kubang Rotan. Ia bagi mendapatkan luahansebenar isi hati pengundi muda dan menilai faktor yang menjadi punca kekalahan parti berasaskan kaum di kawasan kajian semasa Pilihanraya Umum Ke-14, serta impak pengundi muda yang membawa kepada
keputusan tersebut. Objektif kajian ini ialah menilai tahap kepuasan hati pengundi muda masa kini terhadap sistem politik terutamanya keberkesanan parti berasaskan perkauman dalam membela nasib pengundi muda. Turut dirungkai faktor mempengaruhi sosialisasi politik pengundi muda yang membawa kepada keputusan luar jangka semasa Pilihanraya Umum Ke-14. Kajian turut menilai kehendak pengundi muda terhadap parti politik atau calon
yang bakal mewakili mereka sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain demi masa depan mereka. Kajian secara kualitatif ini melibatkan pengumpulan data primer dan sekunder melalui pemerhatian lapangan, temubual ke atas 15 orang responden, pembacaan hasil kajian lampau, sumber perpustakaan dan sumber internet. Dapatan kajian berjaya merungkai faktor yang dinilai pengundi muda semasa pilihanraya, kerelevanan parti berasaskan kaum melalui perspektif pengundi muda, faktor yangmempengaruhi sosialisasi politik pengu ndi muda selain turut merungkai kehendak dan harapan pengundi muda. Hasil dari dapatan kajian, dicadangkan agar beberapa Tindakan
perlu diambil untuk mengimbangi permasalahan dan isu yang timbul. Antara yang dicadangkan adalah supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merangka silibus khas memfokus kepada asas pengenalan politik di peringkat sekolah menengah dan supaya kerajaan menggariskan akta khas berkaitan larangan menggunakan isu yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama sebagai modal manipulasi politik. Sementara itu, untuk kajian akan datang pula disarankan bakal penyelidik memfokus kepada kesan penurunan had umur mengundi dari 21 kepada 18 tahun berdasarkan Keputusan Pilihanraya Umum Ke-15. Dapat disimpulkan, hasil kajian memperlihatkan bahawa parti
berasaskan kaum akan semakin tidak relevan jika tidak membuat perubahan yang signifikan dalam menentukan survival politik mereka. Selain itu, institusi politik harus memberi keutamaan yang sewajarnya terhadap harapan dan kehendak pengundi muda terutama berkaitan keperluan masa depan mereka dan turut dapat dilihat sosialisasi politik pengundi muda berevolusi dengan drastik
manakala sentimen perkauman semakin terhakis dalam suasana politik moden.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Mohd Udin, Mashitah |
Item ID: | 11174 |
Uncontrolled Keywords: | Pengundi Muda, Parti Politik, Perkauman, Kubang Rotan |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies (COLGIS) |
Date Deposited: | 12 Jun 2024 02:04 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 02:04 |
Department: | Collage of Law,Government and International Studies |
Name: | Mohd Udin, Mashitah |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11174 |