UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh pembudayaan komuniti pembelajaran profesional dan amalan kolaboratif terhadap kuantiti pengajaran pembelajaran dalam kalangan guru pemimpin pertengahan

Asma, Saad (2024) Pengaruh pembudayaan komuniti pembelajaran profesional dan amalan kolaboratif terhadap kuantiti pengajaran pembelajaran dalam kalangan guru pemimpin pertengahan. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of 904108_01.pdf] Text
904108_01.pdf

Download (2MB)

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang berkualiti dapat membangunkan potensi murid secara holistik. Selari dengan naratif baharu amalan pendidikan Malaysia, Kualiti pdp guru dapat ditingkatkan melalui pembudayaan komuniti pembelajaran Profesional (PLC) dan amalan kolaboratif. Namun begitu, kajian lalu menunjukkan kekaburan konsep PLC dan lemahnya amalan kolaboratif menyebabkan pdp guru hambar dan membosankan. Dalam konteks kajian ini, peranan guru pemimpin Pertengahan (MLT) diketengahkan sebagai sokongan peningkatan kualiti pdp guru melalui pembudayaan PLC dan amalan kolaboratif. Kaedah campuran selari Konvergen telah digunakan. Pengumpulan data dijalankan melalui dua fasa. Fasa Pertama melibatkan 333 orang MLT yang menjawab soal selidik dalam talian, diikutifFasa kedua melibatkan enam orang MLT melalui temu bual dan analisis kandungan dokumen penulisan refleksi pengajaran. Data kualitatif yang diperoleh dianalisis secara induktif bagi menyokong dapatan kajian kuantitatif. Dapatan kuantitatif menunjukkan bahawa pembudayaan PLC dan amalan kolaboratif mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan terhadap kualiti pdp. dapatan kualitatif pula telah menjelaskan bahawa amalan kolaboratif dan pembudayaan PLC sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi meningkatkan kualiti pdp. Refleksi pengajaran dapat dijadikan input kepada pelaksanaan PLC. Walau bagaimanapun, masih terdapat isu dan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh MLT supaya amalan kolaboratif dan pembudayaan PLC dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hasil kajian ini merupakan bukti empirikal berkaitan PLC dan amalan kolaboratif dalam kalangan MLT yang memberi pengaruh secara langsung terhadap kualiti pdp guru. Oleh itu, dapatan kajian boleh dijadikan asas kepada penyelarasan semula tugas dan peranan MLT di sekolah. Perubahan tugas MLT membolehkan bimbingan dilaksanakan dalam mengupayakan kualiti pdp guru seterusnya meningkatkan pencapaian murid dan sekolah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Mohd Yusoff, Nurahimah
Item ID: 11178
Uncontrolled Keywords: Kualiti pengajaran dan pembelajaran, Pembudayaan komuniti pempelajaran profesional, Amalan kolaboratif, Refleksi pengajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 12 Jun 2024 02:10
Last Modified: 12 Jun 2024 02:10
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Mohd Yusoff, Nurahimah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11178

Actions (login required)

View Item
View Item