UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kesan modul tingkah laku kognitig intergrasi islam (TKII ) dan pengajaran spiritual terhadap kepuasan perkahwinan wanita bermadu

Nurhikmah, Mubarak Ali (2024) Kesan modul tingkah laku kognitig intergrasi islam (TKII ) dan pengajaran spiritual terhadap kepuasan perkahwinan wanita bermadu. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s94283_01.pdf] Text
s94283_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 4 March 2026.

Download (4MB) | Request a copy
[thumbnail of s94283_02.pdf] Text
s94283_02.pdf
Restricted to Repository staff only until 4 March 2026.

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Cabaran dalam poligami bagi wanita adalah dalam menangani perasaan negatif yang menjejaskan kepuasan perkahwinan, pemikiran sihat, dan spiritual mereka yang terlibat. Berdasarkan Tingkah Laku Kognitif integrasi Islam, perasaan ini mungkin timbul hasil daripada corak pemikiran yang dibentuk oleh norma masyarakat dan didikan keluarga. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perbezaan bagi aspek kepuasan perkahwinan, pemikiran sihat, dan spiritual dengan mengaplikasikan Modul Tingkah laku Kognitif Integrasi Islam (TKII) menerusi pendekatan eksperimen kuasi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan selang masa dan interaksi bagi pembolehubah yang dikaji. Seramai 30 orang wanita bermadu telah dipilih secara teknik persampelan bertujuan dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Responden telah dibahagikan kepada
kelompok rawatan TKII, kelompok pengajaran spiritual dan kelompok kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi aspek spiritual untuk kelompok Modul TKII, namun tiada perbezaan yang signifikan bagi aspek
pemikiran sihat dan kepuasan perkahwinan. Hasil dapatan kesan sela masa pula menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara sela masa ujian pra dan pasca bagi pemikiran sihat dan spiritual. Namun, tidak terdapat perbezaan min
yang signifikan antara sela masa ujian pra dengan ujian pasca bagi kepuasan perkahwinan. Implikasi daripada kajian ini telah menunjukkan kedua-dua pendekatan ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan baharu dalam bidang Kaunseling Islam. Modul TKII ini dapat membantu pengamal dalam kaunseling keluarga bagi menjalankan intervensi terhadap klien.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Abdul Ghani, Mariny
Item ID: 11188
Uncontrolled Keywords: Teori Kognitif Tingkah Laku, Perspektif Islam, Spiritualiti, Poligami, Wanita bermadu
Subjects: H Social Sciences > HQ The Family. Marriage. Woman
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 23 Jun 2024 03:05
Last Modified: 23 Jun 2024 03:05
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Abdul Ghani, Mariny
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11188

Actions (login required)

View Item
View Item