UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Mengenalpasti Tingkah Laku Pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2 Yang Mempengaruhi Kadar Sembuh Diabetic Foot Ulser Kuala Pilah Negeri Sembilan

Amirul Afizan, Mohd Bidin (2024) Mengenalpasti Tingkah Laku Pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2 Yang Mempengaruhi Kadar Sembuh Diabetic Foot Ulser Kuala Pilah Negeri Sembilan. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission-s830311.pdf] Text
depositpermission-s830311.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s830311_01.pdf] Text
s830311_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s830311_02.pdf] Text
s830311_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (915kB) | Request a copy

Abstract

Diabetes Mellitus (DM) merupakan masalah kesihatan awam utama di Malaysia, terutamanya diabetes jenis 2. Menurut Persekutuan Diabetik Antarabangsa pada tahun 2019, 463 juta orang menghidap diabetes, dan diunjurkan mencecah dan
diunjurkan mencecah 578 juta dan 700 juta menjelang tahun 2030 hingga 2045. Diabetes Foot Ulcers (DFU) adalah komplikasi utama dalam kalangan pesakit DM. Rawatan DFU melalui pembalut luka moden telah digunakan sejak 2011, namun tidak diamalkan secara meluas di hospital dan klinik kesihatan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai tingkah laku pesakit dari segi gaya hidup, permakanan dan aktiviti fizikal dengan cara cucian luka moden (MD) dalam merawat luka plantar dalam kalangan pesakit DM. Kajian kualitatif ini diguna pakai menggunakan reka bentuk deskriptif melalui pemerhatian dan, temu bual individu secara bersemuka dengan enam orang responden yang mengalami luka kencing manis di plantar tapak kaki. Pengumpulan data dilakukan melalui rakaman suara di Jabatan Pesakit Luar, bawah Unit Penjagaan Luka Klinik Kesihatan Senaling, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Dapatan kajian menunujukkan bahawa DM DFU berkait rapat dengan corak gaya hidup, corak permakanan dan corak aktiviti fizikal menyumbang kepada kadar penyembuhan dalam kalangan pesakit DFU dengan luka plantar tapak kaki. Selain itu, dapatan data menunjukkan penyembuhan luka pesakit berlaku dalam tempoh sebulan selepas menggunakan cara yang telah dilaksanakan. Cucian moden dengan rawatan penjagaan kawalan yang diajar kepada pesakit sangat berkesan dalam membantu penyembuhan luka dan mengurangkan kadar amputasi pada
anggota badan pesakit. Selain itu, ia dapat mengurangkan kos rawatan dari segi pembelian produk lain yang terdapat di pasaran. Dapatan kajian ini membantu pesakit DM Jenis 2 dalam proses penyembuhan luka DFU yang lebih cepat berbanding kaedah rawatan lama yang digunakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Abd Aziz, Fadzli Shah
Item ID: 11240
Uncontrolled Keywords: Cucian luka moden, Ulser Kaki Diabetik, Diabetes Mellitus, Keberkesanan Pengawalan tingkah laku dalam penjagaan luka kaki tapak kaki.
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 11 Aug 2024 02:34
Last Modified: 11 Aug 2024 02:34
Department: School Of Business Management
Name: Abd Aziz, Fadzli Shah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11240

Actions (login required)

View Item
View Item