UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan Antara Komitmen Pengurusan, Komunikasi Keselamatan, Dan Persepsi Risiko Dengan Prestasi Keselamatan Dalam Kalangan Pekerja Tenaga Nasional Berhad (Tnb) Bangsar Kuala Lumpur

Abu Zar, Abd Razab@Ghazali (2024) Hubungan Antara Komitmen Pengurusan, Komunikasi Keselamatan, Dan Persepsi Risiko Dengan Prestasi Keselamatan Dalam Kalangan Pekerja Tenaga Nasional Berhad (Tnb) Bangsar Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission-s829965.pdf] Text
depositpermission-s829965.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s829965_01.pdf] Text
s829965_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s829965_02.pdf] Text
s829965_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (895kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen pengurusan, komunikasi keselamatan dan persepsi risiko dengan prestasi keselamatan di Tenaga Nasional
Berhad (TNB) Bangsar, Kuala Lumpur. Kajian ini menawarkan wawasan yang berharga bagi organisasi dalam usaha untuk mempertingkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan
(KKP), serta mengurangkan insiden kemalangan di tempat kerja. Pengumpulan data dilakukan melalui penggunaan borang soal selidik yang telah diadaptasi dari kajian-kajian terdahulu dan dikonfigurasikan sebagai skala Likert dengan melibatkan 128 orang
responden. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Hasil analisis korelasi, menggunakan Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 27, menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara semua pembolehubah yang dikaji. Komitmen pengurusan, komunikasi keselamatan dan persepsi risiko, masing-masing menunjukkan nilai kekuatan hubungan yang tinggi, iaitu r = 0.718 r = 0.678 dan r = 0.721. Ini menunjukkan ketiga-tiga dimensi iklim keselamatan yang dikaji memberikan sumbangan penting kepada prestasi keselamatan. Teori Pertukaran Sosial digunakan sebagai landasan
teoretikal dalam kajian ini, menegaskan kepentingan organisasi untuk mengambil kira komitmen pengurusan, komunikasi keselamatan dan persepsi risiko sebagai faktor utama dalam usaha meningkatkan prestasi keselamatan.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mustafa, Munauwar
Item ID: 11252
Uncontrolled Keywords: prestasi keselamatan, komitmen pengurusan, komunikasi keselamatan, persepsi risiko.
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55-55.3 Industrial Safety. Industrial Accident Prevention
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 19 Aug 2024 02:48
Last Modified: 19 Aug 2024 02:48
Department: School Of Business Management
Name: Mustafa, Munauwar
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11252

Actions (login required)

View Item
View Item