Nur Farhana Inani, Nor Zamzam (2024) Hubungan Di Antara Komitmen Pengurusan, Motivasi Keselamatan Dan Penglibatan Kakitangan Dengan Prestasi Keselamatan Dalam Kalangan Pekerja Di Sektor Perladangan Sawit, Selangor. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of depositpermission-s830822.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
depositpermission-s830822.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
![[thumbnail of s830822_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s830822_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (894kB) | Request a copy
![[thumbnail of s830822_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s830822_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (621kB) | Request a copy
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik hubungan di antara komitmen pengurusan, motivasi keselamatan, dan penglibatan pekerja dengan prestasi keselamatan di kalangan pekerja sektor perladangan sawit di Selangor. Kajian ini memberikan wawasan yang berharga untuk organisasi dalam usaha meningkatkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) serta mengurangkan
insiden kemalangan di tempat kerja. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik yang diadaptasi dari kajian-kajian terdahulu dan disusun sebagai skala Likert, melibatkan 74 responden. Teknik
persampelan rawak mudah digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Hasil analisis korelasi menggunakan Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 27 menunjukkan hubungan yang signifikan antara semua pembolehubah yang dikaji. Komitmen pengurusan, motivasi keselamatan, dan penglibatan pekerja masing-masing menunjukkan nilai kekuatan hubungan yang tinggi, iaitu r = 0.837, r = 0.634, dan r = 0.714. Ini menandakan bahawa ketiga dimensi iklim keselamatan yang dikaji memberikan sumbangan penting kepada prestasi keselamatan. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan ketiga-tiga hipotesis yang telah dibangunkan. Kajian ini memberikan pandangan mendalam mengenai interaksi di antara komitmen pengurusan, motivasi keselamatan, dan penglibatan pekerja dengan prestasi keselamatan dalam sektor perladangan sawit. Implikasinya adalah organisasi perlu memberi penekanan kepada faktor-faktor ini untuk
meningkatkan prestasi keselamatan, menjadikan persekitaran kerja lebih selamat, dan melibatkan pekerja secara lebih efektif dalam menjaga keselamatan mereka. Kajian ini memberi maklumat
strategik yang berguna dalam penyelenggaraan program keselamatan dan pembangunan budaya keselamatan yang berkesan di tempat kerja.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Mustafa, Munauwar |
Item ID: | 11275 |
Uncontrolled Keywords: | Prestasi keselamatan, komitmen pengurusan, motivasi keselamatan, penglibatan pekerja. |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > T55-55.3 Industrial Safety. Industrial Accident Prevention |
Divisions: | School of Business Management |
Date Deposited: | 29 Aug 2024 04:39 |
Last Modified: | 29 Aug 2024 04:39 |
Department: | School Of Business Management |
Name: | Mustafa, Munauwar |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11275 |