UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Depresi Dan Tekanan Kerja Di Kalangan Anggota Polis Semasa Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19: Kajian Kes Di Negeri Kedah

Mohd Izahaq, Rozi (2024) Depresi Dan Tekanan Kerja Di Kalangan Anggota Polis Semasa Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19: Kajian Kes Di Negeri Kedah. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission-828187.pdf] Text
depositpermission-828187.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s828187_01.pdf] Text
s828187_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (970kB) | Request a copy
[thumbnail of s828187_02.pdf] Text
s828187_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (534kB) | Request a copy

Abstract

Aspek kesihatan mental boleh mempengaruhi perkembangan prestasi kerja seseorang individu. Dalam dunia moden pada hari ini, impak kesihatan mental boleh datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Penugasan kerja dalam bidang-bidang berisiko,
sebagai contoh, ketika musim pandemik Covid19, boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mental seseorang individu. Antara yang paling terkesan dalam hal ini ialah anggota keselamatan dan penguatkuasa termasuk anggota polis. Kajian ini
menganalisis masalah depresi dan tekanan di kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika musim pandemik Covid19 yang lalu di negeri Kedah, khasnya di daerah Kota
Setar. Objektif utamanya ialah untuk mengenal pasti sejauh mana faktor jenis penugasan kerja, tempoh perkhidmatan dan faktor imbuhan dan manfaat (gaji) mempengaruhi masalah depresi dan tekanan kerja di kalangan anggota polis yang bertugas pada ketika itu. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif yang membabitkan penggunaan teknik temubual, perbincangan kumpulan berfokus dan analisis kandungan bahan-bahan kajian perpustakaan. Hasil kajian ini mendapati bahawa peratusan hubungan antara faktor jenis penugasan kerja semasa musim Covid19, tempoh perkhidmatan polis yang panjang dan bentuk imbuhan dan manfaat boleh menyumbang kepada masalah depresi dan tekanan kerja di kalangan anggota polis. Tekanan kerja dalam organisasi PDRM memang wujud, namun kajian lanjut perlu dijalankan ke atas populasi sama atau berbeza dengan melihat faktor tekanan yang berbeza. Perbezaan kedudukan geografi dengan perbezaan dalam aspek fahaman politik, ekonomi, sosial, teknologi, persekitaran dan perlaksanaan undangundang
cenderung dalam mempengaruhi perbezaan faktor-faktor tekanan bagi sesuatu populasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Khamis, Kamarul Azman and Abdul Razak, Muhammad Afifi
Item ID: 11297
Uncontrolled Keywords: Kesihatan Mental, Depresi, Tekanan Kerja, Pandemik, Gaji
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 05 Oct 2024 16:04
Last Modified: 05 Oct 2024 16:04
Department: College of Law, Government and International Studies
Name: Khamis, Kamarul Azman and Abdul Razak, Muhammad Afifi
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11297

Actions (login required)

View Item
View Item