Marhaini, Kamaruddin (2023) Pengaruh Islam dalam gaya kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin : Suatu analisis 2015-2020. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of depositpermission.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
![[thumbnail of s826200_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826200_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
![[thumbnail of s826200_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s826200_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
Abstract
Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang pemimpin berpengalaman dalam politik Malaysia, telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan kerjayanya selama lima dekad, daripada mempersoalkan isu skandal 1MDB kepada melaksanakan Langkah menangani penularan wabak COVID-19 semasa menjadi Perdana Menteri. Kepimpinan beliau mencerminkan daya tahan dan keupayaan membuat Keputusan penting. Sebagai pemimpin, Muhyiddin kerap menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh beliau didasarkan pada prinsip-prinsip Islam yang dijunjungnya. Justeru latar belakang Islam beliau menarik dijadikan kajian untuk memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip dan nilai dalam kepimpinannya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti prinsip-prinsip kepimpinan Islam yang mendasari amalannya, yang telah mempengaruhi keputusan dan tindakannya sebagai pemimpin. Skop kajian ini meliputi dari 2015 hingga 2020, satu tempoh yang kritikal dalam sejarah kerjaya politik beliau. Dalam tempoh itu, Muhyiddin mengalami beberapa peristiwa penting: kehilangan jawatan kerajaan, dipecat daripada UMNO, menubuhkan parti BERSATU, memenangi pilihan raya dengan gabungan baharu, memperolehi semula jawatan dalam kerajaan, dan akhirnya, dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, dengan pendekatan analisis kandungan kepada sumber-sumber utama yang diperolehi melalui temu bual dengan responden terpilih, dan sumber sekunder daripada kajian literatur yang berkaitan dengan teori Islam dan Barat serta gaya kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa latar belakang keluarga dan pendidikan agama Muhyiddin mempunyai hubung kait yang signifikan dengan keperibadian dan kepimpinan beliau. Kedua-dua elemen ini mempengaruhi keputusan penting yang diambil oleh Muhyiddin dan memberi kesan kepada gaya kepimpinan beliau. Dengan mengkaji pengaruh Islam terhadap gaya dan pendekatan kepimpinan Muhyiddin, kajian ini menangani jurang dalam penyelidikan sedia ada dan menawarkan pandangan yang bermanfaat kepada penggubal dasar, pemimpin politik, dan sarjana kepimpinan. Hasil kajian ini turut meningkatkan pemahaman kepimpinan politik di Malaysia, dengan mengambil kira dinamika peranan agama dalam mempengaruhi keputusan pemimpin dan tadbir urus negara. Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan yang berguna untuk memahami kepimpinan tokoh-tokoh politik yang berteraskan Islam dan menambah ilmu pengetahuan yang masih terhad berkaitan kepimpinan tempatan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Omar, Rusdi and Abdul Razak, Muhammad Afifi |
Item ID: | 11300 |
Uncontrolled Keywords: | Muhyiddin Yassin, Kepimpinan Islam, gaya kepimpinan, UMNO, BERSATU, politik, dinamika agama |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies (COLGIS) |
Date Deposited: | 03 Oct 2024 06:25 |
Last Modified: | 03 Oct 2024 06:25 |
Department: | Collage of Law,Government and International Studies |
Name: | Omar, Rusdi and Abdul Razak, Muhammad Afifi |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11300 |