UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Faktor Media Sosial Memainkan Peranan Penting Terhadap Kemenangan Calon Pilihan Raya: Kajian Kes Di Dun N.24 Semenyih, Selangor

Faizal Reza, Abdul Rahim (2024) Faktor Media Sosial Memainkan Peranan Penting Terhadap Kemenangan Calon Pilihan Raya: Kajian Kes Di Dun N.24 Semenyih, Selangor. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission-s825556.pdf] Text
depositpermission-s825556.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s825556_01.pdf] Text
s825556_01.pdf

Download (2MB)

Abstract

Analisis kempen PRU 14 menunjukkan bahawa Facebook berperanan sebagai sumber utama maklumat untuk masyarakat Malaysia. Sejauh mana media sosial telah memberi impak kepada proses politik Melayu di Selangor akan menjadi fokus utama kajian ini, mengeksplorasi bagaimana platform ini mempengaruhi pembuat keputusan pengundi dan dinamika politik tempatan. Untuk itu, kajian ini dibuat untuk melihat persepsi orang awam terhadap faktor media sosial mempengaruhi keputusan PRK DUN
Semenyih pada 2 Mac 2019, khususnya untuk mengkaji tahap literasi politik di DUN Semenyih, meninjau keberkesanan penggunaan media sosial dalam parti politik dan mengenalpasti jenis kempen melalui media sosial yang dapat memberi pengaruh dalam Pilihan Raya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana data kajian diperolehi melalui temubual secara bersemuka ke atas 7 responden yang meliputi 6 Pengundi Biasa dan 1 Pengundi Pos dalam PRK DUN Semenyih. Kajian mendapati bahawa
media sosial memainkan peranan yang amat penting kini untuk memberi kemenangan kepada calon yang bertanding dan media sosial seperti Facebook dan aplikasi whatsapp membawa dinamika baru kepada calon yang bertanding dalam pilihan raya. Dalam PRK DUN Semenyih ini, semua calon memuatkan aktiviti mereka, juga secara langsung untuk menyebarkan rakaman ucapan serta keratan kenyataan di Twitter dan aplikasi WhatsApp yang dimuatnaik dalam Facebook serta meraih banyak komen netizen. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa responden sangat mengambil berat tentang maklumat-maklumat yang terdapat di media sosial dan pemahaman mengenai garis panduan media sosial terutamanya literasi politik. Kajian ini mencadangkan agar
kerajaan menggunakan sepenuhnya kuasa internet untuk menyampaikan agendanya kepada masyarakat di samping memastikan kempen dalam media sosial menepati tatasusila dalam memastikan perpaduan negara terus terpelihara.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Khamis, Kamarul Azman and Yusoff, Kamarul Zaman
Item ID: 11303
Uncontrolled Keywords: Media Sosial, Pilihanraya, Calon, Semenyih
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 05 Oct 2024 16:29
Last Modified: 05 Oct 2024 16:29
Department: College of Law, Government and International Studies
Name: Khamis, Kamarul Azman and Yusoff, Kamarul Zaman
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11303

Actions (login required)

View Item
View Item