UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kerangka kerja baharu bagi model penilaian prestasi P&P di Institusi Pengajian Tinggi, menggunakan kaedah pembuatan keputusan berbilang kriterium dan kaedah pengelompokan data

Siti Rasifah, Ahmad Roshidi (2024) Kerangka kerja baharu bagi model penilaian prestasi P&P di Institusi Pengajian Tinggi, menggunakan kaedah pembuatan keputusan berbilang kriterium dan kaedah pengelompokan data. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s902318_01.pdf] Text
s902318_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of s902318_02.pdf] Text
s902318_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (941kB) | Request a copy

Abstract

Pengukuran prestasi merupakan satu kaedah yang mengukur pencapaian prestasi bagi sesebuah pusat pendidikan tinggi (IPT) berpandukan pada satu takat ukur yang berpiawaian. Ianya perlu dilaksanakan dengan lebih adil, seimbang dan berfokus dengan mengambil kira latar belakang, kemampuan serta kebolehcapaian bagi menjamin kecemerlangan dan kelestarian sesebuah IPT. Penyelidikan dan pembangunan (P&P) di IPT adalah antara perkara yang diukur selain pengajaran dan pembelajaran, dimana kesemuanya berkait rapat dan mempengaruhi presasi pencapaian bagi sesebuah IPT. Sehubungan itu, objektif utama kajian adalah membangunkan kerangka kerja baharu bagi mengukur prestasi P&P di IPT dengan lebih bersistematik. Kajian ini melibatkan kaedah kajian kes di Universiti A yang merangkumi aktiviti pembahagian peruntukan indeks petunjuk prestasi (KPI) kepada semua pusat pengajian. Keperluan utama bagi kajian ini adalah untuk mempertingkatkan dan memperbaiki pencapaian IPT dalam konteks P&P agar dapat mencapai kedudukan yang baik di peringkat global. Sehubungan itu, pengaplikasian sistem sokongan keputusan (SSK) berbilang kriterium (MCDM) dan Teknik pengelompokan data dilihat lebih berstruktur dan menyeluruh. Ini bagi memastikan keputusan yang dibuat lebih komprehensif berdasarkan kepada proses pengutamaan (prioritization) KPI agar proses pembuatan keputusan lebih rasional dan konsisten berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, melalui teknik pengelompokan data juga dilihat dapat memastikan aspek kesepadanan terhadap kebolehcapaian serta latar belakang pusat pengajian diambil kira semasa pembahagian KPI. Hasil aktiviti pengesahan muka bersama responden mendapati bahawa kerangka kerja Baharu adalah signifikan membantu dari aspek kebolehgunaan dan proses kerja yang mudah difahami serta memudahkan proses pembuatan keputusan dibuat. Oleh demikian, proses pembuatan keputusan akan lebih bersistematik, terfokus bagi menjamin kecemerlangan dan kelestarian P&P di IPT

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Omar, Mohd Faizal and Mohd Jamil, Jastini
Item ID: 11320
Uncontrolled Keywords: Pengelompokan data K-Min, pembuatan keputusan berbilang kriterium, pengukuran prestasi, pengutamaan, penyelidikan dan pembangunan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 06 Oct 2024 16:03
Last Modified: 06 Oct 2024 16:03
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Omar, Mohd Faizal and Mohd Jamil, Jastini
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11320

Actions (login required)

View Item
View Item