UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Komitmen Guru Dan Literasi Teknologi Sebagai Mediator Dalam Hubungan Antara Kepimpinan Distributif Dan Kemahiran Pengajaran Abad Ke-21 Dalam Program Dwibahasa Di Sekolah Rendah.

Nantah, Ponnusamy (2024) Komitmen Guru Dan Literasi Teknologi Sebagai Mediator Dalam Hubungan Antara Kepimpinan Distributif Dan Kemahiran Pengajaran Abad Ke-21 Dalam Program Dwibahasa Di Sekolah Rendah. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission-s903359.pdf] Text
depositpermission-s903359.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s903359_01.pdf] Text
s903359_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan abad ke-21 merupakan inisiatif yang telah diberi fokus utama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sebagai usaha mempertingkatkan taraf pendidikan negara sejajar dengan
negara maju. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk membangunkan model kemahiran pengajaran abad ke-21 berteraskan kepimpinan distributif, komitmen guru dan literasi teknologi. Selain itu, kajian ini juga menentukan tahap dan kesan langsung pemboleh ubah kepimpinan distributif, komitmen guru, literasi teknologi dan kemahiran pengajaran Abad Ke-21. Kajian ini juga turut menentukan komitmen guru dan literasi teknologi sebagai mediator dalam hubungan antara kepimpinan distributif
dengan kemahiran pengajaran Abad Ke-21. Kajian ini melibatkan sekolah rendah, Malaysia yang melaksanakan Program Dwibahasa sekurang-kurangnya tiga tahun. Sampel kajian dipilih secara rawak nisbah berstrata melibatkan 336 responden. Data dianalisis menggunakan SPSS dan AMOS Versi 24. Analisis data dihuraikan secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan distributif, komitmen guru dan literasi teknologi berada pada tahap tinggi. Manakala, kemahiran pengajaran Abad Ke-21 berada pada tahap sangat tinggi. Analisis statistik juga
menunjukkan terdapat kesan langsung secara signifikan kepimpinan distributif, komitmen guru dan literasi teknologi terhadap kemahiran pengajaran Abad Ke-21. Kepimpinan distributif mempunyai kesan langsung terhadap komitmen guru dan literasi teknologi. Literasi teknologi berperanan sebagai mediator manakala komitmen guru tidak berperanan sebagai mediator dalam hubungan antara kepimpinan distributif dan kemahiran pengajaran Abad Ke-21. Secara keseluruhannya, model kemahiran pengajaran abad ke-21 ini memberi sumbangan sebanyak 53.0% terhadap kemahiran pengajaran Abad Ke-21 di sekolah rendah DLP, Malaysia. Kajian ini memberi implikasi terhadap sekolah yang melaksanakan program DLP yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Justeru, dapatan kajian ini dapat memberi
panduan dalam melaksanakan kemahiran pengajaran Abad Ke-2. Pihak pentadbiran sekolah harus memberikan perhatian terhadap komitmen guru dan literasi teknologi dengan pendekatan yang berbeza dalam meningkatkan lagi kemahiran pengajaran Abad Ke-21.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Raman, Arumugam
Item ID: 11339
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan distributif, Komitmen guru, Literasi teknologi, Kemahiran pengajaran Abad Ke-21, Program Dwibahasa
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 07 Oct 2024 01:10
Last Modified: 24 Oct 2024 15:59
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Raman, Arumugam
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11339

Actions (login required)

View Item
View Item