UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Halangan dalam pencegahan jangkitan Ventilator Associated Pneumonia (VAP) di kalangan Jururawat ICU

Muhd Al-Hafiz, Salleh (2024) Halangan dalam pencegahan jangkitan Ventilator Associated Pneumonia (VAP) di kalangan Jururawat ICU. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s830130_01.pdf] Text
s830130_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Ventilator-Associated Pneumonia (VAP) adalah jangkitan atau radang paru-paru yang dialami oleh pesakit kritikal yang menggunakan mekanikal ventilator di ICU yang berlaku antara 48 hingga 72 jam selepas pesakit di intubasi dan jangkitan ini boleh membawa kepada kematian. Kajian ini bertujuan merungkai perspektif dan pandangan jururawat ICU dalam halangan yang dihadapi dalam mencegah jangkitan VAP di ICU kerana jururawat yang bertugas di ICU memainkan peranan penting dalam pencegahan VAP. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes penjelasan. Peserta kajian ini terdiri daripada 6 orang jururawat yang berpengalaman luas dalam mengendalikan pesakit kritikal di ICU. Analisis secara tematik telah digunakan untuk merungkai perspektif jururawat dalam halangan yang dihadapi untuk mencegah jangkitan VAP dan beberapa tema serta subtema muncul dari hasil analisis ini. Antaranya adalah tema tahap pengetahuan jururawat berkaitan VAP dan terdapat lima subtema didalamnya iaitu tempoh kemasukan pesakit dapat jangkitan, jangkitan bakteria, jangkitan yang membawa kematian, kursus dan latihan serta program mentor-mentee. Selain itu, tema SOP dalam pencegahan VAP yang mempunyai empat subtema seperti kebersihan tangan jururawat, ketinggian katil kepala katil pesakit, penjagaan kebersihan mulut pesakit dan penggunaan peralatan. Tema yang terakhir adalah halangan yang dihadapi dan mempunyai enam subtema seperti ketidakpatuhan SOP, kekurangan perjawatan jururawat, bebanan kerja yang tinggi, keseronokan bekerja, faktor persekitaran dan sikap jururawat. Kajian ini telah membawa pendedahan kepada pihak yang terlibat serta kerelevanan penggunaan Model Sytems Engineering Initiative for Patient Safety (SEIP)S dalam merungkai punca serta faktor yang boleh menghalang dalam pencegahan VAP dan memastikan keselamatan pesakit di ICU terjamin. Kajian di masa akan datang perlu mengambil kira saiz sampel yang lebih besar dengan penglibatan dari hospital di lokaliti yang berbeza

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Mohd Noor, Annuar Aswan
Item ID: 11421
Uncontrolled Keywords: Ventilator-Associated Pneumonia, jururawat, halangan, pencegahan, pesakit kritikal
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 29 Oct 2024 05:46
Last Modified: 29 Oct 2024 05:46
Department: School of Business Management
Name: Mohd Noor, Annuar Aswan
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11421

Actions (login required)

View Item
View Item