UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh amalan gaya pembelajaran terhadap penghayatan nilai murni dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam

Mohd Sobri, Mahmood (2024) Pengaruh amalan gaya pembelajaran terhadap penghayatan nilai murni dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s903220_01.pdf] Text
s903220_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 28 July 2027.

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of s903220_02.pdf] Text
s903220_02.pdf

Download (849kB)

Abstract

Amalan gaya pembelajaran, penghayatan nilai murni dan pemikiran kritis adalah elemen penting dalam pembelajaran. Elemen ini penting bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang berhasrat mewujudkan negara yang maju dan sejahtera. Sungguhpun begitu, sorotan kajian mendapati amalan gaya pembelajaran, penghayatan nilai murni, dan pemikiran kritis para pelajar Kolej Tingkatan Enam berada pada tahap sederhana. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, hubungan dan pengaruh di antara amalan gaya pembelajaran, penghayatan nilai murni, dan pemikiran kritis. Kajian dilaksanakan secara tinjauan keratan rentas dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 341 orang pelajar dari 13 buah Kolej Tingkatan Enam di Malaysia terlibat sebagai sampel kajian. Instrumen kajian diadaptasi daripada instrumen gaya pembelajaran Dunn dan Dunn, kajian Mohamad Khairi Othman dan Critical Thinking in Everyday Life oleh Mincemoyer, Perkins dan Munyua. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, ujian-t, korelasi Pearson dan regrasi berganda. Hasil kajian mendapati kesemua pemboleh ubah mempunyai tahap yang tinggi. Seterusnya, kajian mendapati terdapat hubungan positif dan signifikan antara pemboleh ubah yang dikaji. Amalan gaya pembelajaran dan penghayatan nilai murni mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni berperanan sebagai mediator separa. Kajian ini memberi sumbangan di mana Cadangan Model Pembelajaran Cemerlang harus berpandukan kepada elemen amalan gaya pembelajaran, penghayatan nilai murni, dan pemikiran kritis. Penemuan kajian menyarankan agar pendidik memantapkan amalan gaya pembelajaran, penghayatan nilai murni, dan pemikiran kritis demi kemenjadian murid

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Othman, Mohamad Khairi and Ismail, Siti Noor
Item ID: 11472
Uncontrolled Keywords: Amalan gaya pembelajaran, Penghayatan nilai murni, Pemikiran kritis, Kolej Tingkatan Enam
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 05 Jan 2025 02:44
Last Modified: 05 Jan 2025 02:44
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Othman, Mohamad Khairi and Ismail, Siti Noor
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11472

Actions (login required)

View Item
View Item